Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM

 

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM | Assalamulaiakum & Salam Sejahtera guys! Suria FM memperkenalkan program hiburan istimewa bertemakan 'Nikmati Bersama' yang akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Antara program menarik adalah Takbir Raya Suria 2022, Carta Suria Top 40 Raya, Team Pagi Suria Raya, Lagu Raya Suria 2022 serta Muzik Video (MV) 'Pelukan Aidilfitri', disebalik tabir (BTS) dan drama raya 'Dodol Tak Bergula'.

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM

Untuk pengetahuan anda, Suria mencatatkan Peningkatan Jumlah Pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar menurut keputusan kaji selidik GFK terbaru, bagi pengukuran pendengar radio Wave 1. 2022 berbanding kaji selidik Wave 2, 2021. Kin Suria FM telah berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar. Syabas buat team Suria FM. 

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM


Lagu Raya Suria 2022 dan Muzik Video "Pelukan Aidilfitri"

Suria sekali lagi membawakan lagu raya terbaru pada tahun 2022 yang berjudul 'Pelukan Aidilfitri' ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja pasti akan memeriankan lagi raya anda! Saksikan muzik video lagu raya Suria dengan penampilan istimewa daripada pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan menemui anda sepanjang Syawal ini.

Saksikan Muzik Video "Pelukan Aidilfitri" disini.

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM


Disebalik Tabir Drama Raya Suria 2022 : 'Dodol Tak Bergula'

Saksikan disebalik tabir drama raya Suria 2022, 'Dodol Tak Bergula' menampilkan barisan penyampai radio Suria FM dan pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan ditayangkan pada ramadan ini! Nantikan gelagat dan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon yang menceritakan tentang watak dan pengalaman mereka sepanjang di lokasi penggambaran di Sijangkang, Selangor.

Saksikan Disebalik Tabir Drama Raya Suria 2022 : 'Dodol Tak Bergula' disini.

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM


Drama Raya Suria 2022 : 'Dodol Tak Bergula'

'Dodol Tak Bergula' sebuah drama pendek taiaan Quran Humaira ini berkonsepkan pengajaran dan unsur komedi santai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol dan seorang yang sering disenangi oleh orang kampung kerana sifatnya yang peramah. Tetapi sifatnya tidak disenangi oleh Lin dek kerana dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka.

Selepas tahun berganti, sedikit perubahan mulai terlihat pada sosok figura tersebut. Sosok tubuhnya ada di depan mata, hakikatnya dia tidak seperti biasa. Jadi apakah perubahan yang berlaku pada diri Mak Leha? Adakah dendam kesumat antara Mak Leha dan Lin akan menemui titik noktah?

Saksikan Drama Raya Suria 2022 'Dodol Tak Bergula' disini.

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM

Pengagihan 'Kotak Infak Suria'
Suria FM telah melancarkan kempen Kotak Infak Suria' mulai 8 April lalu sehingga 28 April 2022. Hampir 200 kotak infak telah terjual, dan akan disalurkan kepada golongan muaalaf dan anak-anak Asrama Darul Falah dibawah jagaan Organisasi Perkim. 'Kotak Infak Suria' dijual dengan harga RM 55 mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesa wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer. Pengagihan akan diadakan di Perkim Jalan Ipoh dan akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan para penyampai Suria FM, penampilan istimewa dari kumpulan nasyid terkenal Inteam dan penyanyi popular Sarah Suhairi. Jom berinfak dengan Suria. 

Carta Suria Top 40 Raya
Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan Team Pagi Suria dan Suria Petang dengan menampilkan selebriti popular, Amir Madi, Fieya Julia, Ramlah Ram dan Naim Daniel sebagai tetamu jemputan selama 4 jam pada 30 April dan 7 Mei 2022 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Team Pagi Suria Raya
Pagi raya anda akan lebih kecoh dengan Team Pagi Suria Raya bersama Fizi Ali, Suraya dan Ajak serta penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Sophia Liana, Ziana Zain, Cik Man, Syamel dan Ernie Zakri seta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin pada Isnin hingga Jumaat seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi

Takbir Raya Suria 2022
Saksikan Video Takbir Raya Suria 2022 yang dibarisi oleh Penyampai Suria FM dan penampilan istimewa daripada penyanyi popular, Lah Ahmad dan Ustaz Munif (Hijaz) yang berlokasi di Masjid Sendayan, Negeri sembilan. Takbir Raya ini akan bersiaran pada malam raya sehingga hari raya pertama di semua digital platform Suria Malaysia juga akan turut disiarkan di radio Suria FM.

Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM
Dodol Tak Bergula dan Pelukan Aidilfitri, Antara Yang Menarik Sempena Raya Di Suria FM


Muat turun aplikasi terbaru, Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Raya ini. Gunakan hashtag RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial. Dengarkan Suria FM di radio, platform digital Suria : laman web suria.my, aplikasi Suria Malaysia, saluran YouTube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (InstagramFacebookTwitter dan Tiktok).


Post a Comment

0 Comments