Selamat Hari RTM 76

Selamat Hari RTM 76
Selamat Hari RTM 76

Selamat Hari RTM 76 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada tarikh hari ini 1 April 2022, RTM menyambut ulang tahunnya yang ke-76. Tahukah anda, pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada 1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan. Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Kemudian, pada 20 Jun 1975, lahirlah Radio Muzik. Industri penyiaran Malaysia terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi. RTM yang pada peringkat awalnya memancarkan beberapa stesen kini mempunyai 34 stesen radio.

Selamat Hari RTM 76
Selamat Hari RTM 76


Perkembangan Media baharu memberi impak yang besar kepada penyebaran maklumat kepada khalayak. Menyedari hakikat ini RTM mengorak langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996 lagi. Kini RTM mengorak langkah maju ke hadapan selari dengan perkembangan teknologi semasa dengan menampilkan 6 stesen TV (TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan TV6) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web dan Aplikasi RTMKLIK.

Selamat Menyambut Ulang Tahun RTM yang ke-76! Semoga RTM terus maju dalam bidang penyiaran. Terima kasih kerana menghidangkan pelbagai rancangan yang menarik dan terbaik! 

sumber : Wikipedia dan Portal Rasmi RTM

Post a Comment

0 Comments