Menu Ramadan NY Steak Shack - Sizzling Striploin with Mushroom Gravy & Sloppy Joe With Fries

Menu Ramadan NY Steak Shack
Menu Ramadan NY Steak Shack


Menu Ramadan NY Steak Shack - Sizzling Striploin with Mushroom Gravy & Sloppy Joe With Fries  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Minggu lepas, MOMI bersama rakan-rakan Blogger Dik Bee, Mawardi Yunus dan Penaberkala ke NY Steak Shack AEON Shah Alam untuk merasai menu-menu Ramadan untuk tahun 2022. Apa yang menarik tentang menu ramadan NY Steak Shack tahun ini? Mari MOMI kongsikan.

Menu Ramadan NY Steak Shack 2022
Ada dua Menu sempena Ramadan di NY Steak Shack ini ialah Sizzling Striploin with Mushroom Gravy (200g) dan Sloppy Joe With Fries. Selain itu anda juga boleh 'Add-on' minuman Mocktail. Hidangan 'Gleaming Festival' ini boleh dipesan bersama empat combo iaitu Combo A, B, C dan D. Jom tengok sikit hidangan ramadan NY Steak Shack 2022 ini : 

Sizzling Striploin with Mushroom Gravy (200g)
Daging Striploin yang dibakar bersama 'caramelised onion' dan sos cendawan. Dihidangkan bersama jagung dan sayur campur. Menu ini memang menu kegemaran MOMI. Rasa daging bersama bawang dan sos cendawan memang ngam. Serius sedap! Makan dengan sayur pon layan jugak. Memang anda kena cuba rasa sendiri.


Menu Ramadan NY Steak Shack
Menu Ramadan NY Steak Shack


Sloppy Joe With Fries

Daging lembu cincang sumbat dihidangkan bersama kentang goreng. MOMI suka sangat dengan rasa burger ini, cuma tak berapa suka sebab daging terlalu berterabur. Tapi takpe, still love it! hehe. Harga juga berpatutan, anda boleh cuba. 


Menu Ramadan NY Steak Shack
Menu Ramadan NY Steak Shack


Layan juga dengan menu sempena Ramadan dari NY Steak Shack ini. Menu Ramadan ini boleh didapati di semua cawangan NY Steak Shack (Dine-in, Bungkus & Delivery) di seluruh Malaysia dari sekarang hingga 31 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram. Selamat menjamu selera guys!


Post a Comment

0 Comments