Menu Raya Inside Scoop - Dark Chocolate Butterscotch, Oreo Nutella Cheesecake, Coffee Almond Fudge dan Unicorn

Menu Raya Inside Scoop
Menu Raya Inside Scoop

 

Menu Raya Inside Scoop - Dark Chocolate Butterscotch, Oreo Nutella Cheesecake, Coffee Almond Fudge dan Unicorn | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Inside Scoop tidak melepaskan peluang dengan mempromosikan menu hari raya mereka. Apakah menu istimewa Raya di Inside Scoop tersebut? Mari MOMI kongsikan.


Menu Raya Inside Scoop
Raikan Ramadan dan Raya dengan merasai menu istimewa Raya di Inside Scoop. Menu ini anda juga boleh makan semasa berbuka puasa dan ia hadir di Inside Scoop dengan masa yang terhad. Memang layan kalau makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada empat perisa aiskrim yang anda boleh cuba iaitu 'Dark Chocolate Butterscotch', 'Oreo Nutella Cheesecake', 'Coffee Almond Fudge' dan 'Unicorn' yang dijual dalam 'Raya Twin Pack' (dua perisa pilihan) dan 'Raya Party Pack'. Selain itu, anda boleh cuba 'Kektupat Ice Cream' dan 'Rocher Ice Cream Cake'. Kesemua harga menu Raya Inside Scoop boleh di lawati dekat laman ini.

Dark Chocolate Butterscotch
70% aiskrim 'dark chocolate' Belgium yang disiram dengan sos butterscotch. Memang superb! Rasa 'dark chocolate' yang lazat. 

Oreo Nutella Cheesecake
Aiskrim keju krim velvet yang diputar dengan sos Nutella dan serbuk Oreo. Salah satu perisa kegemaran MOMI. Rasa dia memang sedap. Recommended!

Menu Raya Inside Scoop
Menu Raya Inside Scoop 



Coffee Almond Fudge
Aiskrim kopi bancuhan sejuk diputar dengan badam panggang madu dan coklat fudge. MOMI bukan penggemar kopi, tapi rasa aiskrim ini memang layan dengan rasa badam. So yumm!

Menu Raya Inside Scoop
Menu Raya Inside Scoop 


Unicorn
Campuran rasa yoghurt raspberi dan aiskrim susu yang diwarnai dengan 'pea flower', dan di atasnya dengan 'sprinkle' pelangi. MOMI suka sebab warnanya yang cantik. Rasa pon sedap juga. Memang love sangat rasa dia hehe.

Menu Raya Inside Scoop
Menu Raya Inside Scoop 


Semua menu Raya di Inside Scoop memang menarik tau. Terima kasih Penaberkala, Sally Samsaiman dan Bebelan Cik Min belanja MOMI makan aiskrim Inside Scoop ni hehe. Jangan lupa ikuti Inside Scoop di laman media sosial mereka : Facebook dan Instagram. Selamat menjamu selera guys!


Post a Comment

0 Comments