Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion

Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
 

Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kita dalam minggu akhir bulan puasa kan? MOMI berkesempatan berbuka puasa di Pavillion, Kuala Lumpur bersama kawan MOMI. Di sebabkan ramai sangat orang dekat pusat membeli belah, jadi memang berebut nak cari tempat makan untuk berbuka puasa. Kebetulan, memang rezeki dapat tempah dan berbuka dekat Kyochon, Pavillion. Apa menu yang MOMI pesan dekat Kyochon? Mari MOMI kongsikan.


Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion

Sebenarnya MOMI sudah beberapa kali makan dekat Kyochon, cuma tak sempat nak update dekat blog hehe. Kebiasaanya, kalau orang datang dekat Kyochon memang akan makan ayam goreng Kyochon yang ada 3 perisa iaitu Soy Garlic, Red Pepper dan Honey. Restoran Kyochon ini sememangnya digemari ramai, mana taknya selalu penuh sahaja dengan orang beratur dan menunggu. 

Jadi untuk hidangan berbuka, MOMI pilih menu signature Kyochon iaitu ayam goreng 'Soy Garlic' (6 ketul), 'Red Pepper' (6 Ketul) - RM18.90 dan 'Honey' (6 Ketul) - RM18.90. Dimakan pula dengan 'Garlic Fried Rice' - RM7.90. Untuk minuman pula, MOMI pesan Shaken Tea; Tropical Iced dan Raspberry Mint - RM10.90. Rasa ayam Kyochon kegemaran MOMI, perisa Soy Sauce memang jadi pilihan. Walaupun pesan tak banyak tapi memang kenyang tau hehe. 

Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion

Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion


Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion

Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion
Berbuka Puasa Makan Kyochon, Pavillion

Waktu Operasi Kyochon Pavillion Kuala Lumpur
Kyochon Pavillion beroperasi setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. 

Alamat Kyochon Pavillion Kuala Lumpur
Lot 1.54, Level 1,
Pavilion KL, 168,
Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur.


Post a Comment

Previous Post Next Post