Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rakan Blogger saya, wartawan hiburan dan pengamal media sosial, Khai Azfar menyambut ulang tahun yang ke-30 serta ulangtahun penubuhan blog nya "Blog Budak Pacak" yang ke-12 dalam suasana norma baharu. Majlis tersebut berlangsung di Ummis Hijau Kasturi yang terletak di Sentul Village. 

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022
Khai Artzfar Potong Kek

Menurut Khai atau nama sebenarnya Khairul Azfar Azahari, pada awalnya acara ini dijadualkan pada tahun lalu. Namun, berikutan negara dilanda wabak COVID-19 dan berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) hasrat tersebut terpaksa dilupakan di saat akhir. Bersempena dengan Ramadan yang hampir tiba serta penganjuran majlis skala kecil dan patuh prosedur operasi standard (SOP) dibenarkan oleh MKN, akhirnya majlis ini dapat diadakan.

Jelas Khai, majlis ini diadakan bukan sahaja ingin menunjukkan bahawa beliau masih bergiat aktif dalam penulisan blog malah ia sebagai satu penghargaan buat rakan-rakan media, blogger, pengamal media sosial serta pegawai perhubungan awam dan komunikasi pelbagai bidang yang banyak membantunya menaikkan nama sepanjang 12 tahun ini.

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022
Bloggers bersama  Khai Artzfar

Bercakap mengenai soal karier dan blog, kongsi Khai ketika ini dia sememangnya menumpukan kerjaya sebagai seorang wartawan hiburan. Akan tetapi menurutnya, blog tidak akan dilupakan kerana ia adalah titik permulaan kerjaya serta pengenalan namanya di dalam industri penulisan.

Dalam majlis yang dihadiri oleh 50 orang tetamu pelbagai latar belakang itu turut mendapat pelbagai tajaan rakan-rakan strategik Khai sebagai tanda sokongan. Selain Ummis Hijau Kasturi sebagai penaja lokasi, syarikat kek keju terkenal di Kuala Lumpur, Cat & The Fiddle berbesar hati menaja kek sambutan hari lahirnya.

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Khai Artzfar dan Blog Budak Pacak Pada 22 Februari 2022
Yeayy Menang Cabutan Bertuah

Menyerikan lagi suasana, usahawan tempatan Aspeks Kitchen turut menaja biskut dan 22 kek cawan sebagai simbolik tarikh lahir Khai yang unik pada tahun ini. Manakala, stokis Heads Shampoo, M Cosmec dan portal hiburan Gayah Is Typing serta Buzzing Malaysia telah menaja hadiah cabutan bertuah buat para tetamu.

Terima kasih Khai Artzfar diatas jemputan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan MOMI sangat seronok semasa majlis berlangsung. Selamat Hari Lahir Khai Artzfar, Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. :)



Post a Comment

0 Comments