Suki-Ya Restaurant MyTown - Food Review Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown

 

Suki-Ya Restaurant MyTown - Food Review Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kalau tengok TikTok, pernah tak lalu orang makan Suki-Ya? Sebab selalu sangat nampak, MOMI teringin nak rasa sedap ke tak makanan dekat Suki-Ya. Cari-cari dekat Google, rupanya Suki-Ya Restaurant ni ada dekat MyTown. Jom MOMI kongsikan pengalaman makan dekat Suki-Ya Restaurant, MyTown Kuala Lumpur.

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown

Kalau pergi hari minggu, faham-faham sahajalah. Pastinya ramai orang beratur depan kedai. MOMI beratur dalam 10-15 minit sebelum masuk. Sebelum pergi Suki-Ya, MOMI tak tahu macam mana konsep sebenar restoran ini (Konon-konon nak surprise diri sendiri haha). Bila masuk baru faham ada meja bufet yang ada sayur-sayuran, sos, sushi, bebola dan macam macam lagi. Menu utamanya adalah daging lembu, ayam atau kambing. Anda boleh pesan seberapa banyak dan pastikan habis ya! Oh ya, anda hanya ada masa 120 minit (2 Jam) untuk makan. Kalau terlebih masa (setiap 15 minit) di caj sebanyak RM5. 

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown


Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown


Pilihan Sup Suki-Ya Restaurant
Di Suki-Ya, ada empat (4) jenis pilihan sup mengikut citarasa yang boleh anda pilih (maksimum 2 sup) seperti berikut : 

  • Shabu-Shabu
  • Sukiyaki
  • Miso soup
  • Kimchi

Suki-Ya Restaurant MyTown - Tempat Makan Best Kuala Lumpur
Suki-Ya Restaurant MyTown

Review Suki-Ya Restaurant
Akhirnya, sampai juga dekat Suki-ya. Pusing-pusing meja bufet ada macam-macam jenis sayur seperti lobak merah, cendawan, jagung dan macam-macam lagi. MOMI disuruh untuk pilih sup untuk merebus segala bahan dan MOMI pilih sup Sukiyaki dan Kimchi. Untuk sup Sukiyaki, memang sangat kena dengan citarasa MOMI yang tak gemar dengan rasa pedas. Dia macam rasa sup kicap gitu tapi serius sedap. Satu lagi, MOMI piih Kimchi sebab nak ada rasa sikit pedas-pedas gitu. Dua-dua sup ini kena dengan citarasa MOMI. Selain itu, dalam harga yang kita bayar tu boleh ambil air dan aiskrim sekali tau. Keseluruhannya, Suki-Ya memang best. Rasa nak ulang makan lagi pada masa akan datang. 

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown

Suki-Ya Restaurant MyTown
Suki-Ya Restaurant MyTown

Harga Buffet Suki-Ya Restaurant
Harga buffet Suki-Ya Restaurant berbeza untuk hari biasa dan hari minggu. Berikut adalah senarai harga untuk buffet Suki-Ya Restaurant :

Buffet Suki-Ya Restaurant (Hari Biasa)

Makan Tengah Hari (11:00 pagi hingga 5:00 petang)
Dewasa : RM43.85 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM21.90 (Seorang)

Makan Malam (5:00 petang - 10:00 malam)
Dewasa : RM51.95 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM26.00 (Seorang)

Buffet Suki-Ya Restaurant (Hari Minggu)

Makan Tengah Hari (11:00 pagi hingga 5:00 petang)
Dewasa : RM47.35 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM23.65 (Seorang)

Makan Malam (5:00 petang - 10:00 malam)
Dewasa : RM55.45 (Seorang)
Kanak-Kanak : RM27.70 (Seorang)

Suki-Ya Restaurant MyTown - Tempat Makan Best Kuala Lumpur
Suki-Ya Restaurant MyTown

Alamat Suki-Ya Restaurant MyTown
L2-042 Level 2,
MY Town Shopping Centre,
No.6 Jalan Cochrane,
Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 9226 7732


2 Comments

  1. Sedapnya dari dulu teringin nak pergi tapi takde kesempatan lagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post