Laksa dan ABC - Gerai White Canopy - Food Review

Laksa dan ABC - Gerai White Canopy
Laksa dan ABC - Gerai White Canopy

 

Laksa dan ABC - Gerai White Canopy - Tempat Makan Menarik Di Petaling Jaya | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tekak rasa nak makan ABC dengan Laksa untuk minum petang? Jom cuba makan dekat Gerai White Canopy di Gasing Indah, Petaling Jaya. Sebenarnya MOMI tak tahu nama kedai, tapi ternampak dekat poster nama kedainya "Gerai White Canopy". Apa yang menarik dekat sini? Mari MOMI kongsikan. 

Sebenarnya Gerai White Canopy ini jual pelbagai makanan termasuk laksa dan ABC. Selain itu, ada juga beberapa makanan lain seperti Cendol, Soto Nasi Impit, Rojak Mee, Mee Rebus, Mee Kari dan beberapa makanan lain. Sebab MOMI datang waktu petang, MOMI teringin nak rasa Laksa dan ABC disini. Oh ya, harga makanan dan minuman dekat sini tidak lebih dari RM5. 

Laksa dan ABC - Gerai White Canopy
Laksa dan ABC - Gerai White Canopy

Untuk Laksa, MOMI cuba laksa biasa sahaja. Kalau untuk minum petang, memang makan laksa 'simple' pon layan jugak. Rasa dia memang sedap dan hirup kuah tu sampai habis tau hehe. Untuk ABC, MOMI pilih ABC Special. Pak cik yang jual tu kata ABC biasa dengan ABC Special lebih kurang, cuma ABC Special masukkan semua bahan-bahan termasuk pulut. Memang layan. Harga pon RM5 sahaja. 

Laksa dan ABC - Gerai White Canopy
Laksa dan ABC - Gerai White Canopy

Kalau nak datang ke sini, anda boleh cari dekat Maps "Car Wash Gasing Indah" sebab kedainya dekat area-area situ juga. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments