Kacang Pool Haji Larkin Johor - Food Review Tempat Makan Menarik Di Johor

Kacang Pool Haji Larkin Johor
Kacang Pool Haji Larkin Johor

 

Kacang Pool Haji Larkin Johor - Food Review Tempat Makan Menarik Di Johor | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Selain Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari, ada satu lagi tempat makan best dekat Johor yang MOMI nak pergi iaitu 'Kacang Pool Haji Larkin' . Jadi kami masukkan Kacang Pool Haji Larkin dalam senarai tempat yang kami nak singgah. Orang kata kalau pergi Johor Bahru, memang kena singgah makan dekat sini. Apa yang bestnya Kacang Pool Haji Larkin ini? Mari MOMI kongsikan pengalaman rasai Kacang Pool terkenal di Johor ini.

Kacang Pool Haji Larkin Johor
Kacang Pool Haji Larkin Johor

Kacang Pool Haji yang berdekatan balai bomba Larkin ini sememangnya digemari ramai. Setiap kali datang mesti kedai akan penuh. Kebiasaanya orang datang waktu sarapan pagi. Bagi Momi roti 'toast' tebal yang dihidangkan nampak sangat menarik dan bau kuahnya memang buat kita kecur air liur. Kuahnya sangat menarik dengan campuran daging dan telur mata. Dekat sini juga ada roti bakar, tapi kebanyakkan pelanggan yang datang pesan Kacang Pool Haji. Untuk minuman, anda boleh pesan seperti biasa. Bagi MOMI, Kacang Pool Haji memang sedap. Walaupun kali kedua datang sini, masih rasa sedap. Kalau anda berkesempatan berjalan area sini, jangan lupa singgah tau. 

Waktu Operasi Kacang Pool Haji Larkin Johor
Dibuka Setiap Hari Dari 7:00 pagi hingga 1:00 Pagi

Alamat Kacang Pool Haji
Gerai 3, Medan Selera Larkin, Susur 5,
Jalan Tun Abdul Razak,
Johor Baru 

Post a Comment

2 Comments

She Is Farahain said…
kacang pool haji ni memang tempat yang sangat popular di jb . hehehe . kita yang duduk jb ni pun kadang malas nak pergi sebabnyaa ramai . hahahaha..
Rafzan Tomomi said…
tu laa. nasib baik hari tu tak ramai orang. puas makan hehe