Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins

Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins
Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins

 

Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kalau tengok jenama Baskin Robbins ini, majoriti akan berada dekat pusat membeli belah. Tak pernah lagi makan aiskrim dekat Baskin Robbins, kalau dapat memang tak dapat lepaskan peluang. Aiskrim dekat Baskin Robbins dijual mengikut saiz scoop. Selain dari aiskrim, anda juga boleh cuba kek Baskin Robbins.

Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins
Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins


Menariknya dekat Baskin Robbins ini kadang-kadang ada promosi potongan harga sehingga 31% pada setiap 31 hari bulan setiap bulan. Selain itu, ada juga promosi 'PINK DAY' pada setiap hari rabu dengan menunjukan apa sahaja barang warna merah jambu, anda akan dapat potongan harga sehingga 31%. Menarik kan? (Tertakluk kepada promosi Baskin Robbins).

Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins
Cotton Candy Ice Cream Baskin Robbins


Untuk percubaan pertama makan dekat Baskin Robbins ini, MOMI cuba makan aiskrim perisa 'Cotton Candy' (gula-gula kapas) yang berwarna merah jambu dan ungu. Rasa Cotton Candy Ice Cream memang sedap dan ada rasa gula-gula kapas jugak. Kebetulan nampak 'topping' masa nak bayar, MOMI tambah topping dekat aiskrim Cotton Candy (tambah ekstra harga ya). Memang puas makan aiskrim Double Regular cup ini. 

Jika berkesempatan, jangan lupa singgah ke
Baskin Robbins tau. Selamat menjamu selera hehe. 



Post a Comment

2 Comments

Sis Lin said…
Wooo sedapnyaaa.. nak kena beli ni sebelum pose, nanti terbayang-bayang pulak hahaha
Rafzan Tomomi said…
ye siss. kena try ni sis