Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1

Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1
Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1

Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1 Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tamat sudah drama bersiri Derhaka Cinta Jebat. Kini Drama bersiri terbaru ditayangkan bermula 16 Februari lalu, iaitu 'Nurlaila'. Drama bersiri 'Nurlaila' diarahkan Heykal Hanifah oleh dan dibintangi oleh Hanna Aqeela, Aedy Ashraf, Amyza Aznan, Zamarul Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Faridah, Neera Azizi, Farahdhiya, Nor Albaniah, Fimie Don dan Ruminah Sidek. 

Sinopsis Nurlaila (2022) 
Nurlaila mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak. Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur. Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya.

Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono. Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila.

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya. Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila? (sumber: myinfotaip)

Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1
Tonton Episod Penuh Nurlaila (2022) TV1

Nurlaila (2022) ditayangkan dalam slot Widuri bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6:00 Petang di TV1 bermula 16 Februari 2022. Kalau anda terlepas episod kat TV, anda boleh tengok dekat RTMKlik atau download aplikasi RTMKlik, cari button RTMKlik, mesti ada! Momi akan update link bila sudah sedia ya. Enjoys guys!

Senarai Episod Nurlaila 2022*

Episod 1 Nurlaila
Episod 2 Nurlaila
Episod 3 Nurlaila
Episod 4 Nurlaila
Episod 5 Nurlaila
Episod 6 Nurlaila
Episod 7 Nurlaila
Episod 8 Nurlaila
Episod 9 Nurlaila
Episod 10 Nurlaila
Episod 11 Nurlaila
Episod 12 Nurlaila
Episod 13 Nurlaila
Episod 14 Nurlaila
Episod 15 Nurlaila
Episod 16 Nurlaila
Episod 17 Nurlaila
Episod 18 Nurlaila
Episod 19 Nurlaila
Episod 20 Nurlaila
Episod 21 Nurlaila
Episod 22 Nurlaila
Episod 23 Nurlaila
Episod 24 Nurlaila
Episod 25 Nurlaila
Episod 26 Nurlaila

* Tertakluk kepada perubahan semasa.
** Episod yang di'bold'kan , sudah boleh ditonton. :)


Post a Comment

0 Comments