Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kita masih lagi di era pandemik dan Momi pasti semua tempat yang anda kunjungi pasti wajib mematuhi SOP yang ditetapkan. Begitu juga dengan restoran kegemaran ramai, McDonald's yang memperkenalkan ciri baharu iaitu 'Order & Collect' yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s. Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar dengan membolehkan anda memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana anda ingin mengambil pesanan, secara terus melalui telefon pintar mudah alih.

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s. Ciri Order & Collect ini direka untuk menjimatkan masa dan membolehkan anda memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik. Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard. Memang sangat mudah ya.

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini. Anda boleh memilih untuk mengambil pesanan melalui empat cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih, seperti berikut : 

01. Bawa Pulang (Takeaway) 
Anda tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon pintar mudah alih dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter. 

02. Makan di Restoran (Dine-in)
Anda boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon pintar mudah alih. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

03. Pandu-Lalu (Drive-Thru)
Anda boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

04. Pandu-Masuk (Drive-In)
Anda boleh meletakkan kereta di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon pintar mudah alih. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta anda.

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Aplikasi McDonald's ini telah dilancarkan pada April 2018 dan pantas menjadi salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan. 

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. 

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald’s 

Untuk pengalaman ciri Order & Collect yang baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, sila layari laman web rasmi McDonald's Malaysia


Post a Comment

0 Comments