5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan

 5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kita bakal menjalani kehidupan seperti biasa tidak lama lagi. Jadi pastinya ramai yang akan kembali bekerja seperti biasa dan melakukan aktiviti seperti sebelum pandemik melanda. Bila semuanya sudah kembali normal, tentunya kita tidak ada masa untuk menyediakan makanan , lebih-lebih lagi mengamalkan pemakanan yang sihat. Momi nak kongsikan kepada anda makanan dan minuman yang sihat serta mudah untuk dimakan. 

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
Foto oleh Polina Tankilevitch dari Pexels

1. Oat
Antara makanan yang sihat untuk yang boleh anda makanan terutamanya semasa sarapan pagi. Ia sangat mudah untuk dicari di kedai runcit atau 'supermarket'. Tahu tak, Oat merupakan makanan karbohidrat kompleks, penuh serat dan nutrien serta kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu proses pengeluaran tenaga. Antara jenis oat yang sesuai untuk dimakan ialah 'Instant Oat', 'Quick Oat', 'Rolled Oat' dan 'Steel Cut Oat'. Bagi anda yang nak diet dan nak kurangkan berat badan inilah makanan yang sesuai untuk anda. 

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
Foto oleh Vie Studio dari Pexels

2. Coklat Gelap
Coklat Gelap atau Dark Chocolate mengandungi banyak nutrien dan boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Coklat gelap juga mampu memberi manfaat yang baik untuk kesihatan badan seperti melancarkan pengaliran darah, mengurangkan risiko sakit jantung, mencantikkan kulit dan juga sesuai untuk anda yang sedang mengurangkan berat badan. 

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
Foto dari www.pesonapengantin.my

3. Habbatus Sauda
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan berbunga yang boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar. Habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan. Antara khasiat habbatus sauda ialah mengawal paras gula dalam darah, menurunkan paras kolestrol dan ia juga mampu mengawal tekanan darah. Ia juga merupakan makanan sunnah. Biasanya di campur dalam makanan untuk mudah dimakan. 

Bercerita mengenai khasiat habbatus sauda, tahu tak habbatus sauda terdapat dalam produk Hayyiba yang dikeluarkan oleh AFYAA. AFYAA Hayyiba diperkaya dengan ramuan eksklusif Thymocid®️ Ekstrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat dan Polypeptide-k (PPk™️) Ekstrak Biji Peria buatan Malaysia.Selain itu, ia juga diperkaya dengan ekstrak Gymnema Sylvestre, ekstrak Kayu Manis, ekstrak Mengkudu dan ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium. Ia menggunakan ramuan sunnah yang mampu meningkatkan imuniti serta stamina. Ia juga mampu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Hayyiba disahkan HALAL oleh JAKIM.

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan 

Selain Hayyiba, AFYAA juga mengeluarkan produk AFYAA Ryndu yang mampu menaikkan seri wajah. AFYAA Ryndu adalah makanan tambahan untuk penjagaan kulit anda setiap hari secara dalaman terhadap sinaran UV.  Hanya perlu makan 1 atau 2 biji tablet sehari dan sangat mudah untuk diamalkan. AFYAA Ryndu mengandungi Red Orange Complex, Ekstrak Yis Torula dari Jepun, Ekstrak Biji Anggur, Superoxide Dismutase (SOD), Vitamin C dan Zink Sitrat. Ia mampu menaikkan seri wajah, mengekalkan keanjalan dan melawan radikal bebas. Mudah dibawa kemana sahaja.

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan 

Untuk maklumat lanjut, sila ke Facebook dan Instagram AFYAA untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai AFYAA.

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
Foto oleh Engin Akyurt dari Pexels

4. Susu
Susu kaya dengan sumber vitamin dan mineral serta mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Susu juga mampu menguatkan tulang dan gigi anda. Setiap hari anda boleh minum sehingga 2 gelas susu yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit. Susu paling mudah untuk dicari dan minuman yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

5 Makanan / Minuman Sihat dan Mudah Untuk Di Makan
Foto oleh Deon Black dari Pexels

5. Pisang
Paling mudah dan paling senang untuk dicari. Pisang merupakan antara makanan yang terbaik untuk memberi tenaga. Ia kaya dengan karbohidarat, potasium, serat dan vitamin v6 yang mampu meningkatkan tenaga dalam tubuh badan kita. Kalau rasa lapar dan mudah untuk dicari, boleh makan pisang.

------

Haa Begitulah antara 5 makanan dan minuman yang sihat dan mudah untuk dimakan. Kesemua makanan dan minuman diatas memang mudah untuk didapati. Mari amalkan hidup sihat guys! Jaga diri semua. Stay safe =)


Post a Comment

Previous Post Next Post