I'm Positive COVID-19.

I'm Positive COVID-19.

I'm Positive COVID-19. | Assalamualaikum & Salam sejahtera guys! Benda paling kita nak elak, itulah benda yang hampiri kita. Pada 11 Ogos 2021, Momi telah disahkan dijangkiti COVID-19 dan entri ini Momi nak kongsikan kepada anda ringkasan kisah hari-hari Momi sebagai pesakit COVID-19 serta bagaimana hari-hari kuaratin di rumah.

Kak Long Positif COVID-19

Baru lepas balik kerja. Kak long dah mengadu tiada deria rasa, bau dan masih demam sejak beberapa hari lalu. Biasanya Kak Long memang selalu demam dan pulih cepat, jadi kami anggap ia demam biasa. Tapi lepas Kak Long mengadu dia tiada deria bau dan rasa, memang rasa dah pelik dah. Masa ni kami sekeluarga buntu nak pergi swab test mungkin bayar mahal dan kebetulan masa tu KKM kemaskini senarai 'test kit' yang disahkan didalam aplikasi MySejahtera. Kerana pilihan itu je yang ada, kami minta tolong sepupu belikan dan dapat test kit malam tu juga. Lepas buat test guna air liur, memang sah Kak Long positif COVID-19.

Kuarantin Bermula

Giliran kami betiga (Momi, Emak dan Adik) gunakan test kit, dan Alhamdulillah, kami bertiga negatif. Oleh kerana Kak Long positif, kami bertiga masih kena kuarantinkan diri dirumah selama 10 hari. Ini pertama kali kami kena kuarantin dan memang macam-macam fikir. Barang kat rumah ada yang tak cukup, nak beli 'on-line' susah juga sebab dekat kawasan rumah ni tak benarkan penghantar naik ke atas rumah dan kami kena turun untuk ambil. Jadi kami terpaksa berjimat sementara waktu. Kadang-kadang Cik Jah jiran sebelah yang bantu belikan apa-apa, segan sebenarnya tapi nak buat macam mana kan?

Beberapa hari ini, kami lalui kuarantin seperti biasa. Setiap hari Emak sediakan makanan untuk kak long dan hantar depan pintu bilik. Kemudian lepas Kak Long selesai makan, Momi akan ambil pinggan yang Kak Long gunakan dan basuh. Kami sanitize satu rumah setiap hari dan setiap kali kaklong keluar masuk bilik ke tandas. 

Hari isnin, emak dah mula mengadu macam tiada deria bau dan rasa. Serius masa ni sangat risau. Harapnya emak takde pape,sebab emak tak demam dan pening. Ada sikit rasa batuk dan selsema. Buat masa ini kami amalkan minum lemon dan makan vitamin setiap hari.

Simptom COVID-19 Bermula

Pagi tu seperti biasa Momi duduk di meja makan di ruang tamu dengan emak untuk sarapan pagi. Dalam masa tu, dah rasa lain macam. Macam seram sejuk pon ada. Dalam hati macam "Eh, nak demam ke ni?"tapi tak fikir sangat dan anggap benda biasa. Petang tu, lepas dah lama duduk main game tiba-tiba suhu badan naik. Terus masuk bilik dan baring berselebung sebab masa ni takde peluh tapi sejuk sangat. "Memang sah lah aku demam" cakap dalam hati. Dari petang sampai malam, suhu badan tak turun-turun, memang panas. Makan panadol pon sama je.

Suhu badan turun sikit, tiba-tiba selsema tiba bersama batuk. Masa ni dah rasa pelik, beberapa simptom COVID-19 dah ada dalam diri. Bila petang, suhu badan naik semula, selsema dan batuk berterusan. Tekak dah rasa tak selesa, rasa perit. Kali ini Momi tak selebung, cuma tutup kipas dan baring. It's all I can do buat masa ini. Hari ini rasanya memang baring je. Makan dan minum masih ada rasa lagi. 

Suhu badan dah turun semula. Panas di badan kurang sikit. Yang peliknya takde pening kepala sangat. Masa ini deria rasa dan bau sudah mula tiada. Hati semakin risau. Rasa memang dah hidap Covid-19. Cuma belum diyakinkan lagi dengan test. Dua hari ini suhu badan memang naik menjelang malam. Nasib baik masih boleh lagi bernafas dengan baik walaupun selsema. Bab deria rasa dan bau tu, memang redha je la apa sahaja yang ada Momi makan, sebab ramai nasihatkan untuk makan walaupun takde selera atau deria rasa. Masa makan tu Momi bayangkan sahaja rasa makanan tersebut haha. 

At this point, akhinya kawasan rumah Momi dah benarkan penghantar barang menghantar barang sampai depan rumah. Jadi Momi beli beberapa barang online seperti Oksimiter, Ubat batuk dan beberapa barang lain.

Suhu Badan Turun Naik & Test Kit Kali Ke-2

Seperti biasa, suhu badan turun. Masa ini Momi buat keputusan untuk buat satu lagi test kit, untuk pastikan Momi positif atau tidak. Setelah selesai, Momi masih negatif. Pelik sebab simptom-simptom yang ada sudah lengkap, tapi masih negatif. Pada hari yang sama, Momi cuba bertanyakan dekat kawan office kalau ada tak servis swab test di rumah.

Momi hubungi orang tu buat temujanji swab test RT-PCR pada Rabu, 11 Ogos 2021. Oleh disebabkan rumah kami tiada kenderaan, kami terpaksa buat swab dirumah. Terima kasih Abadik sebab bantu kami dari segi kewangan. Pada hari isnin, suhu badan sudah mula turun dan selsema sudah berkurangan. Tekak masih sakit, masih batuk dan masih tiada deria bau dan rasa. 

Hari Swab Test & Keputusan Swab Test

Pukul 10:00 pagi, orang buat swab test datang dan sesi swab test bermula. Beliau sangat lengkap berpakaian seperti di tempat swab test dan sangat ramah orangnya. Keputusan swab test dijangka dapat tahu dalam masa 24 jam. Jadi kami sekeluarga bersiap sedia sebarang kemungkinan. Tepat jam 10:36 malam, Momi terima WhatsApp dari orang swab test menyatakan Momi dan adik disahkan positif COVID-19 sementara Emak dan Kak Long negatif. Pada hari tu juga, Momi umumkan di media sosial mengenai hal ini. Momi dan adik terus kuarantinkan diri dalam bilik masing-masing.

Kuaratin 10 Hari Bermula

Hari kuaratin rasmi untuk Momi sudah bermula di dalam bilik. Sebelum ini Momi okay je, tapi lepas dapat tahu positif COVID-19 siapa je tak sedih. Hampir setahun lebih Momi elak tempat awam, naik kenderaan dan macam-macam lagi, akhirnya terkena juga. Masa ini Momi terima banyak kata-kata semangat, nasihat, tips dan banyak lagi ucapan dari kawan-kawan di media sosial. 

Setiap hari Momi akan makan dua kali sehari sebab malas nak susahkan emak. Waktu siang Momi akan makan roti telur dan minum air suam sahaja. Untuk makan malam, ikut apa sahaja yang emak masak . Yang penting ada nasi. Alhamdulillah dalam masa beberapa hari ini, ramai yang datang membantu memberi bantuan makanan. Terima kasih sangat-sangat.

Selain itu, setiap hari Momi juga akan diberi minum air lemon dan makan vitamin C. Kebanyakkanya adalah minum air suam. Sehingga hari ini, 16 Ogos 2021 simptom demam, selsema, batuk dan sakit tekak sudah tiada. Mungkin kerana Momi sudah lengkap dua dos vaksin, jadi sakit yang dialami tidak teruk. Tinggal hanya deria rasa dan bau sahaja. Harap deria bau dan rasa ini kembali segera sebab macam-macam rasa dah nak makan ni haha!

------

Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang selalu mesej Momi tanyakan khabar dan progress kesihatan Momi. Beberapa hari lagi Momi dah nak habis waktu kuaratin 10 hari dan tak sabar nak kembali pergi kerja seperti biasa. Terima kasih sekali lagi, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit merbahaya ini. Jangan lupa ambil vaksin ya guys! Terima kasih kerana membaca kisah ini dan Momi kongsikan untuk diri sendiri juga pada masa akan datang. Jumpa lagi di entri seterusnya. Assalamualaikum.


6 Comments

  1. Moga dipermudahkan dan semoga momi dan family cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. In sha Allah. Terima kasih atas doanya

      Delete
  2. Alhamdulilah, tu laa bagusnya dah lengkap vaksin kan Momi.. harap Momi terus sihat dan stay safe yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ye sis. Syukur sangat. Terima kasih

      Delete
  3. You are strong Momi. Minda kena positif ye agar ubat tu berkesan ye. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kekal aktif dan tidak fikir bukan2 ye.

    Moga dipermudahkan urusan Momi dan keluarga.
    Keep on strutting and be vogue!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Rawlins. Terima kasih atas doanya =) okay. Vogue always haha

      Delete
Previous Post Next Post