Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina

 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Nur Fadhlina | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI) telah mengumumkan pemenangnya pada 31 Mei 2021 yang lalu. AGI edisi kelima menerima lebih daripada 4,000 pencalonan dari rakyat Malaysia antara 2 April hingga 18 April 2021. Dari kumpulan pencalonan ini yang menonjolkan guru luar biasa di seluruh negara, 25 orang guru dipilih sebagai penerima anugerah. 

Penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan akademik prestasi pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar dan kesan positifnya guru mempunyai pada pelajar.

Salah seorang penerima anugerah, Cikgu Nur Fadhlina dari SK Gopeng Taman Gopeng Baru di Perak memanfaatkan YouTube sebagai platform untuk mengajar para pelajar beliau dan memberi tips kepada guru lain yang berhasrat menghasilkan video sebagai bahan pengajaran. Saluran YouTube beliau @LinnZack kini mendapat langganan daripada lebih 19,000 orang.

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2021 - Cikgu Nur Fadhlina

Untuk entri kali ini, Momi nak ceritakan kisah dan kejayaan salah seorang pemenang AGI2021, iaitu Cikgu Nur Fadhlina. Puan Nur Fadhlina bt Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Lynn Zack dilahirkan di Gopeng, Perak. Beliau telah berumahtangga dan memiliki tiga orang cahaya mata termasuk pasangan kembar. Cikgu Nur Fadhlina adalah seorang yang sangat peramah dan periang sehingga membuatkan orang sekeliling amat senang dengannya. 

Di sebalik keriangan dan keceriaan insan ini terdapat sebuah kisah duka di dalam kehidupannya. Anak sulongnya yang lahir normal telah menghidap kanser. Bayangkan anak yang berlari-lari aktif tiba-tiba disahkan penghidap kanser. Pada mulanya Cikgu Nur Fadhlina amat terpukul dengan perkhabaran ini. Namun akhirnya, beliau belajar redha dengan ketentuan Illahi. Anak sulongnya telah kembali ke rahmatullah ketika berusia enam tahun. Di sebabkan ujian itu, beliau sentiasa berfikiran positif. 

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2021 - Cikgu Nur Fadhlina

Cikgu Nur Fadhlina adalah seorang yang sangat berdedikasi. Jika diberi sesuatu tanggungjawab, beliau akan melaksanakan tugas itu dengan pantas dan hasil yang didapati amat memberangsangkan. Sangat kreatif dan mempunyai idea yang diluar kotak terutama dalam mereka buku program. Sesuailah dengan kursus yang diambil di universiti iaitu seni grafik. Sentiasa bersemangat dan ingin mempelajari sesuatu yang baharu. 

Cikgu Nur Fadhlina sangat pakar dalam bidang IT. Kepakarannya memang tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi. Hebatnya wanita ini dapat dilihat ketika COVID-19 mula menyerang negara kita dan sekolah terpaksa ditutup. Semua pembelajaran terpaksa dilakukan di atas talian. Ketika ini semua guru terpaksa bertungkus lumus mencari bahan dan mempelajari cara - cara untuk mengajar di atas talian. Dan di ketika inilah Lynn Zack merebut peluang untuk menggunakan kepakaran yang beliau ada untuk di kongsikan bersama. Beliau bermula dengan menyertai e-didik. Setelah beliau melepasi tahap yang dikehendaki ,beliau telah diterima di Akademi Youtuber(AYU). Di sinilah,semua orang mula mengenali Lynn Zack dengan video-video pdpc yang telah disediakan oleh beliau di You Tube. Beliau juga menjadi moderator untuk majlis-majlis tertentu di atas talian. Video yang dicipta amat mudah difahami oleh para pelajar.

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2021 - Cikgu Nur Fadhlina

Kini, Cikgu Nur Fadhlina mempunyai lebih kurang 20,000 orang subscribers dengan 600,000 tontonan di YouTube. Beliau telah menghasilkan hampir 350 video di Channel YouTube-nya. Video-video pdpc yang dihasilkan amat berguna terutama di zaman sekarang yang amat memerlukan sumber-sumber seperti itu. Bukan semua orang boleh menghasilkan video-video ini tanpa usaha, melainkanmereka yang sanggup berusaha.Kerana kesanggupan itulah lahirnya Lynn Zack dan patut menjadi contoh kepada guru-guru muda sekarang.

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2021 - Cikgu Nur Fadhlina

Semoga usaha beliau dalam menghasilkan bahan-bahan untuk pdpc ini berterusan dan selaras dengan misi KPM iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Jom subscribe channel YouTube Lynn Zack disini.

Tahniah diucapkan kepada 25 orang guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan, sementara yang mencalonkan guru tersebut menerima RM200 baucar hadiah McDonald's sebagai tanda penghargaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021 untuk mengetahui kisah inspirasi 25 orang guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. 


Post a Comment

0 Comments