Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

 Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's kembali! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Untuk kisah guru kali ini, Momi nak kongsikan kisah guru dari Sekolah Seni Malaysia Perak, Sungai Siput (U), Perak, iaitu Puan Zuraini binti Abdullah. Cikgu Zuraini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kesenian sekolah pada tahun 2016 di SMK Muhibbah. Kehadiran beliau telah membuka lembaran baru untuk bidang kesenian iaitu bidang tari, teater, muzik dan seni visual sekolah tersebut. Cikgu Zuraini telah menggalakkan SMK Muhibbah untuk menyertai pertandingan berprestij dalam bidang kesenian di Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Cikgu Zuraini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif adalah penerima Anugerah Canselor ketika beliau menamatkan pengajiannya. Ilmu pengetahuan yang dipelajari serta kenalan-kenalan universiti beliau telah digunakan sepenuhnya dalam memacu kejayaan murid-murid Sekolah Seni Malaysia Perak. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Tanggal 1 Oktober 2016, Pertandingan Tingkah Zapin Terbuka menyaksikan anak-anak Seni Tari kejayaan sekolah tersebut menjadi Juara Peringkat Kebangsaan mengalahkan peserta-peserta yang jauh lebih dewasa. Kesungguhan Cikgu Zuraini untuk membina nama SMK Muhibbah ke persada antarabangsa dengan menyertai Singapore International Chinggey Parade (mewakili Malaysia) pada Februari 2017 yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Singapura. Peluang membuat persembahan di Pentas Utama sebagai kumpulan terbaik mengalahkan semua pasukan luar negara merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada Sekolah Seni Malaysia Perak dan negara Malaysia. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Cikgu Zuraini seterusnya mengangkat nama SMK Muhibbah dalam bidang teater terbang jauh merentas benua. SMK Muhibbah berjaya menempah nama ke Costa Brava, Sepanyol pada Oktober 2017, International Youth Culture and Arts Festival (29 September hingga 2 Oktober 2018) dan Pertandingan Peringkat Antarabangsa di Spring Festival : International Youth Culture and Arts Festival, Beijing, China (23 Januari- 27 Januari 2019).

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Cikgu Zuraini telah mula menjalankan tugas sebagai Pengetua menjelang tahun 2020. Beliau mula mengorak langkah bagi mendapatkan nama Sekolah Seni Malaysia Perak yang rasmi bagi memudahkan urusan dan ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tanggal 8 Mac 2021, secara rasminya nama sekolah ini telah diisytiharkan sebagai Sekolah Seni Malaysia Perak

Untuk kisah penuh mengenai Cikgu Zuraini oleh Mohamad Izwan, anda boleh layari link ini :  https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/2458.

---------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala, selempang, dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini

Warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, menjalankan tanggungjawab melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar, dan mewujudkan kesan positif pada diri pelajar.

Nantikan pengumuman  keputusan 25 pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 pada penghujung Mei ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.


Post a Comment

1 Comments

Abam Kie said…
tahniah kpd cikgu zuraini..