Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'!

 Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'!

Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan sudah tiba, seluruh umat Islam sedang bersiap sedia untuk menjalani ibadah puasa yang akan diikuti dengan Hari Raya Aidilfitri. Inilah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan anda sambil menikmati hidangan baharu yang lazat ini – ‘Ayam Sedap Baq Hang’ oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) hanya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April hingga 13 Jun 2021

Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'!

‘Ayam Sedap Baq Hang’ pastinya dapat memikat citarasa rakyat Malaysia pada musim perayaan ini dengan menjanjikan kepuasan kepada anda. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Dengan hidangan yang lazat ini, anda pasti akan kembali untuk menikmatinya.
 

Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'!

TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa yang dibuat khas untuk musim perayaan ini, kami yakin pelanggan kami akan berkunjung ke kedai kami bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Menu The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan Ini, 'Ayam Sedap Baq Hang'!

Sebagai sebuah syarikat tempatan, TCRS berharap untuk terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari laman web rasmi The Chicken Rice Shop dan laman Facebook rasmi The Chicken Rice Shop. Enjoys!


Post a Comment

0 Comments