Lirik Lagu Haqiem Rusli - Mimpi

Lirik Lagu Haqiem Rusli - Mimpi (OST Drama Bidadari Salju TV3) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah single dari Haqiem Rusli yang berjudul "Mimpi"Lagu ini adalah hasil ciptaan dari Haqiem Rusli & Dato A.Aida dan dikeluarkan oleh FMC Music Sdn BhdLagu Mimpi dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 15 Disember 2020. Muzik video rasmi "Mimpi" pada 7 Januari 2021 di saluran YouTube FMC Music. 

Lagu "Mimpi" merupakan lagu tema / OST drama bersiri yang menghiasi slot Akasia, "Bidadari Salju". Drama bersiri 28 episod arahan Muhamad Riza Baharudin ini dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah, Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah dan Damia Qaissarah. Bidadari Salju bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7:00 malam bermula 15 Disember 2020 di TV3.

Jom dengarkan lagu terbaru dari Haqiem Rusli. Enjoys!


Lirik Lagu Haqiem Rusli - Mimpi
Komposer : Haqiem Rusli & Dato A.Aida
Lirik : Haqiem Rusli & Dato A.Aida
(C) 2021 FMC Music Sdn Bhd 

Hmm

Di Saat Aku Pejamkan Mata
Kucuba Bayangkan Raut Wajahmu
Doaku Agar Kau Hadir Di Dalam Mimpi
Menemani Aku

Mimpi Yang Indah Kau Bersamaku
Mimpi Yang Ngeri Kau Bersama Dengannya
Dan Jangan Dikau Hampiri Dia
Dia Pasti Membawa Kau Pergi

Dia...
Dia...
Mengapa Dia...

Semalam Aku Diburu Mimpi
Mimpi Ngeri Yang Menghiris Hatiku
Tapi Ku Tahu Jauh Dalam Sudut Hatimu
Kau Takkan Tinggalkan Ku

Mimpi Yang Indah Kau Bersamaku
Mimpi Yang Ngeri Kau Bersama Dengannya
Dan Jangan Dikau Hampiri Dia
Dia Pasti Membawa Kau Pergi

Oh... Yeah

Oh.. Ku Dibuai Mimpi Yang Indah
Dan Juga Mimpi Ngeri Oh

Mimpi Yang Indah Kau Bersamaku
Mimpi Yang Ngeri Kau Bersama Dengannya
Dia... Dia... (Dan Jangan Dikau Hampiri Dia)
Dia Pasti Membawa Kau Pergi

Dia (Mengapa Dia Oh...)
Dia (Mengapa Dia Oh...)
Mengapa Dia
Mengapa Dia


Lagu Baru Melayu 2021 | Lagu Haqiem Rusli 2021 | Single Haqiem Rusli 2021 | Single Haqiem Rusli 2021 | Lirik Lagu Haqiem Rusli Mp3 |  Lirik Lagu Haqiem Rusli Download | Lirik Lagu Haqiem Rusli Mp3