Info Mengenai Aplikasi TikTok

Info Mengenai Aplikasi TikTok | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pastinya ramai diantara pembaca blog ini sudah memiliki akaun TikTok. Baru-baru ini Momi baru sahaja 'discover' aplikasi TikTok ini dan makin lama makin seronok menggunakan aplikasi tersebut. Mungkin sebab sudah boleh dengan media sosial sedia ada, jadi Momi mula aktif menggunakan TikTok bermula bulan ini untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial.

Mula-mula rasa macam janggal juga guna TikTok, tapi lama-lama jadi ketagih pula tengok video-video  yang kebanyakkanya kreatif, bukan sekadar menari. Kebanyakkan isi di aplikasi TikTok juga boleh dijadikan tempat belajar sesuatu yang baru seperti editing, ejaan, penggunaan Microsoft Excel dan Words dan macam-macam lagi. Mungkin kalau nak release tension , boleh scroll 'For You' page. Anda juga boleh menggunakan PC untuk log masuk akaun TikTok anda versi Desktop selain dari menggunakannya di Smartphone.

Info Mengenai Aplikasi TikTok
TikTok Versi Dekstop


Alang-alang dah rajin Google pasal TikTok ni, Tetiba rasa macam nak kongsi dengan anda tentang aplikasi yang semakin menjadi tumpuan ramai ini. Jadi Momi akan senaraikan beberapa info terkini untuk aplikasi TikTok

1. Jika anda ingin membuka akaun TikTok, anda perlu berumur 13 tahun ke atas.
2. Anda boleh mengubah nama (ID) anda selepas 30 hari.
3. Jika anda ingin LIVE di TikTok, anda perlu sekurang-kurangnya 1,000 followers.
4. Anda boleh post video berdurasi 1 saat ke 60 saat sahaja.
5. Anda boleh menambah akaun sebanyak 3 akaun dalam satu masa.
6. Anda boleh menyukai (LIKE) video sebanyak 500 video dalam masa sehari.
7. Anda boleh mengikuti (FOLLOW) akaun sebanyak 200 akaun dalam masa sehari.
8. Anda hanya boleh letak pautan (link) di profile TikTok apabila anda sudah memiliki 1,000 followers.

Harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari mengenai TikTok. Jika anda ada akaun TikTok, jangan lupa ikuti Momi dekat TikTok ya. Hanya search @rafzantomomi sahaja. Jumpa anda disana!