Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Jom Makan Sama-Sama Di Kedai Ayamas | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dah lama rasanya tak makan ayam panggang dekat KEDAI AYAMAS. Sebab teringin nak makan, jadi Momi carilah cawangan KEDAI AYAMAS yang berada berdekatan Momi untuk dine-in. Untuk pengetahuan anda, KEDAI AYAMAS telah berada di pasaran lebih 30 tahun tau. Bermula dengan hanya menghidangkan 1 menu iaitu Golden  Roaster, kini terdapat 2 lagi pilihan rasa ayam panggang yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu Pepper Roaster & Percik Roaster. Entri kali ini Momi nak kongsikan mengenai KEDAI AYAMAS.

Latar Belakang KEDAI AYAMAS

KEDAI AYAMAS adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation. KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. KEDAI AYAMAS menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”

Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman. 

Terkini, terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS. Produk-produk yang dibekalkan telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan KEDAI AYAMAS sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. 

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Konsep KEDAI AYAMAS

Konsep KEDAI AYAMAS adalah seperti berikut : 

  • Kedai - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
  • Kios - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
  • Restoran - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoren.

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

KEDAI AYAMAS TTDI

Momi berkesempatan untuk 'dine-in' dekat KEDAI AYAMAS di TTDI. Tempatnya sangat mudah untuk dicari,  naik Grab terus sampai depan kedai. Suasana kedai sangat selesa untuk anda makan bersama rakan-rakan dan keluarga. Dalam musim pandemik ini, ramai juga yang datang untuk 'take-away'. Jangan risau tentang SOP, sebab meja disusun mengikut SOP tau hehe. 

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Menu Di KEDAI AYAMAS

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Menu Utama

Kalau datang ke KEDAI AYAMAS, pastinya Ayam Panggang KEDAI AYAMAS merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu "Golden", "Pepper" dan "Percik". Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga.

Ayam Panggang Golden ini rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu. Manakala, Ayam Panggang Pepper pula, diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat. Untuk Ayam Panggang Percik, ia dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS


Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Hidangan Lain

KEDAI AYAMAS juga menyediakan ayam panggang secara berkala (Limited Time Offer) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada anda untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu kami juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS


Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Promosi Di KEDAI AYAMAS

“15th and 30th offer” menawarkan harga Ayam Panggang diskaun, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja.

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS


KEDAI AYAMAS #BRINGBACKMEMORIES & #MAKANSAMASAMA

Jom kongsikan memori anda bersama KEDAI AYAMAS dengan muat naik gambar anda makan di KEDAI AYAMAS bersama hashtag #bringbackmemories dan #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan di pilih setiap minggu untuk menerima baucar tunai bernilai RM50. Contest bermula dari 19 Oktober hingga 30 Disember 2020.

Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS
Jom Makan Sama-Sama Di KEDAI AYAMAS

Untuk maklumat lanjut mengenai KEDAI AYAMAS, sila ikuti laman media sosial mereka di Facebook, Instagram dan YouTube. Selamat menjamu selera di KEDAI AYAMAS!