Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
 

Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Marrybrown kembali dengan sebuah menu baru yang mala-tup dan bakal buat anda makan sambil berpeluh. Menu tersebut ialah MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.

Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!

Untuk pengetahuan anda, MB Mala Fried Chicken merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau! Fuhh~ 


Set Menu MB Mala Fried Chicken

Anda boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza tau! Jika anda peminat ayam goreng pedas, adadua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc (2 ketul) atau Ayam Goreng 3-pc (3 ketul) dimana kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad. Bagi anda yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala.

Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!

Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama  kentang goreng  Mala yang unik. Sure kenyang punya! Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!

Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!

Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!
Ayam Goreng Mala Marrybrown Yang Mala-tup!

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari media sosial mereka di FacebookInstagram dan YouTube. Untuk perkhidmatan 'delivery' sila layari lama web Marrybrown Delivery. Enjoys!