MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Inilah masanya untuk anda menjadi usahawan dengan menggunakan platfrom MeCan Trade. MeCan Trade merupakan platform e-dagang yang memberi peluang kepada mereka yang baru dalam dunia perniagaan tanpa perlu ada produk sendiri, tanpa kos tetapi mampu berniaga. Entri kali ini, Momi nak kongsikan mengenai MeCan Trade. 

Apa Itu MeCan Trade?

MeCan Trade adalah pusat e-commence sehenti yang menghubungkan terus penjual dan pembeli di seluruh dunia. Penjual boleh terus menyediakan platform jualan dalam talian sendiri dan menjadi pemilik perniagaan segera dengan pelbagai jenis produk atau barang dagangan yang ditawarkan tanpa perlu menyimpan stok dimana ia memerlukan pelaburan modal yang besar. Ia adalah kedai dalam talian sehenti yang mengurus keseluruhan proses pembelian dari A hingga Z di mana dari prosedur pendaftaran, pembelian, pembayaran hingga penghantaran ke depan pintu pelanggan.

Anda hanya perlu membuka e-kedai yang platformnya telah siap tersedia di MeCan Trade. Kemudian, kongsikan produk pilihan anda dalam talian atau media sosial. Dengan ini, anda boleh berniaga bukan sahaja dipasaran tempatan malah juga ke peringkat antarabangsa. Layari mecan.trade/mainsite untuk maklumat lanjut.

MeCan Trade Ambassador

Melalui platform MeCan Trade ini juga, anda boleh sertai Program e-commerce MeCan Trade Ambassador. Program ini adalah program mendorong pengusaha baru yang mempunyai pengaruh sosial yang cukup besar untuk menjual barang-barang yang relevan dari MeCan Trade ke rangkaian pengikut mereka yang ramai. Jika anda mendaftar sebagai Ambassador, anda akan diberikan URL tersendiri yang unik untuk menjadikan anda sebagai pemilik kedai dalam talian dengan segera. Momi juga sudah mendaftar dengan MeCan Trade Ambassador tau hehe. Selepas mendaftar, anda boleh reka dan tetapkan sendiri e-store dengan URL yang tersendiri. Dengan ini anda boleh mempromosikan kedai dan penjualan produk ke rangkaian media sosial untuk mendapat keuntungan.

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online
MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Anda bukan influencer atau tidak ramai followers? Jangan risau! Andamasih boleh sertai program ini dengan menjadi penjual biasa sahaja atau program 'Seller'. Ini kerana melalui platform MeCan Trade akan membantu anda melalui sokongan 'End-to-End' dimana pasukan tempatan yang akan memfasilitasi dan memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan kewangan. Memang best!

Produk Yang Berkualiti & Dipercayai

Untuk pengetahuan anda, produk-produk yang ada dalam MeCan Trade ini dipercayai dan memang sudah lama berada dipasaran, disamping kesemua produk tersebut sangat berkualiti. Platform ini beribu pejabat di Kuala Lumpur kini mempunyai perdagangan bukan sahaja di Malaysia malah di China, Thailand dan Indonesia. Akan datang, mereka bakal melebarkan sayap mereka ke negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. Pengasas platform ini Mr Andy Goh juga seorang usahawan pengasas kepada Oldtown dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. 

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online
MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Rafzan Tomomi Store

Dengan gembira dan terujanya, Momi juga sudah buka kedai dekat MeCan Trade. Anda boleh dapatkan pelbagai produk-produk berkualiti mengikut kategori seperti 'Household Supply', ' Home & Living', 'Health & Beauty', 'Groceries' dan 'Fashion'. Antara produk yang anda boleh dapatkan dalam Rafzan Tomomi Store ialah 'Jobbie', 'MyEureka Snack', 'Home's Cafe' dan banyak lagi, Layari Rafzan Tomomi Store sekarang!

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online
MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Penyegar Udara Vanzo

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Penyegar udara Vanzo terdiri daripada ekstrak berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia berbahaya kerana ia tidak mengandungi alkohol, formaldehid, benzena, dan toluena. Vanzo menjalin kerjasama dengan Ogawa & Taiyo Corporation, kedua-dua syarikat terkenal yang bekerja dalam sistem wangian komersial, dengan sejarah kolektif lebih dari 125 tahun. Kedua-dua syarikat ini terkenal di Jepun dan bahkan di Asia kerana fokus sepenuhnya dan tanpa kompromi terhadap kualiti dan keselamatan produk.

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Bersama-sama, mereka dapat menyediakan penyegar udara yang baik untuk kenderaan anda dan disahkan selamat digunakan. Seluruh barisan produk kami telah lulus Laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis. Wangian produk Vanzo tidak berlebihan dan bertahan lebih lama (60 hari kitaran hidup). Terdapat 6 jenis penyegar udara yang anda boleh dapatkan di sini.

Night Mood

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Manfaat dari Night Mood adalah meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fokus, melegakan kegelisahan, meredakan insomnia, menenangkan kemurungan ringan & meningkatkan mood, antibakteria & anti-oksidan, menyesuaikan kadar gula darah & tekanan darah, meningkatkan peredaran darah dan mengatur tekanan darah tinggi. Bahan utama yang digunakan dalam Night Mood mengandungi pati tumbuhan semula jadi untuk menghilangkan insomnia, kegelisahan, kemurungan ringan dan minda yang santai seperti Venetron, Chamomile, Lemon Balm, Pumpkin Seed, Passion Flower dan Valerian Root. 

MeCan Trade - Platform Urusniaga Tanpa Modal Secara Online

Nightmood telah melalui ujian dan mematuhi proses pembuatan dan peraturan keselamatan makanan yang betul. Ekstrak Venetron Rafuma terbukti secara saintifik bersama dengan kesan sinergi dengan asid gamma-aminobutyric (GABA) melalui Uchida -Kraepelin (ujian matematik untuk meningkatkan tekanan pada penguji) menunjukkan bahawa indeks tekanan tidak meningkat. Teknologi liposomal berfungsi dengan menggunakan liposom untuk menutup nutrien penting di dalamnya, sehingga ketika menyerahkannya ke bahagian tubuh kita yang sesuai, mereka dapat diserap dengan mudah. Pengambilan vakum dan pengekstrakan suhu rendah untuk memastikan nutrien berada dalam keadaan yang paling bermanfaat.


Post a Comment

1 Comments

Galaksi Viral said…
Salam, blogwalking here. Good info to share. :)