The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua
The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua 

The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebelum mulakan entri kali ini, Momi nak ucap Selamat Ulang Tahun ke-20 buat The Chicken Rice Shop (TCRS). Yeayy! Rasanya dah lama tak singgah ke The Chicken Rice Shop sejak PKP ini. Tetiba teringin pulak nak makan Nasi Ayam Hainan mereka.

The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua
The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua 

Rangkaian restoran keluarga Halal terkenal The Chicken Rice Shop ingin menawarkan sehingga 20,000 set menu 'Ayam Untuk Semua' khas untuk rakyat. Sempena ulang tahun ke-20 mereka, The Chicken Rice Shop akan menghidangkan set makanan 'Ayam Untuk Semua' yang eksklusif bermula dari 18 Jun 2020, hanya terhad 20,000 set dengan harga RM20 untuk tiga orang. 

The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua
The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua 

Dengan makanan enak yang disediakan untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan, The Chicken Rice Shop juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Sambil makan sambil membantulah kiranya. 

The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua
The Chicken Rice Shop Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Hidangan Ayam Untuk Semua 

Ini adalah cara The Chicken Rice Shop mengucapkan 'terima kasih' kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka selama ini dan mereka berharap melalui inisiatif ini, semua orang dapat bersama-sama menikmati hidangan Ayam Untuk Semua. Dengan slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’The Chicken Rice Shop sentiasa mengutamakan penyediaan makanan Halal yang enak dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia agar mereka dapat menikmati dan berkongsi hidangan enak bersama orang yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila ikuti laman Facebook rasmi The Chicken Rice Shop. Enjoys!