Royale Palace Skyview Cyberjaya - Event Space Di Cyberjaya

Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royale Palace Skyview Cyberjaya

Royale Palace Skyview Cyberjaya | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kebiasaanya ramai diantara kita mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk perkahwinan, majlis korporat atau majlis hari lahir yang cantik dan menarik. Kebetulan baru-baru ini, Momi ke event 'soft launching' di Cyberjaya iaitu Royale Palace Skyview. Jadi Momi ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai 'event space' di Cyberjaya ini.

Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royale Palace Skyview Cyberjaya

Sedikit kelainan di Royale Palace Skyview ini kerana ia sebuah dewan yang terletak di tingkat 10. Ia terletak di Skytech Tower 2 Cyberjaya dengan pemandangan menarik sekitar Cyberjaya. Anda boleh mengadakan majlis sama ada didalam dewan yang ber-aircond atau diluar dewan dengan pemandangan yang cantik. Untuk pengetahuan anda, Royale Palace mula beroperasi sekitar 2016 dan diuruskan oleh RSZ Ventures Sdn Bhd

Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royale Palace Skyview Cyberjaya

Menariknya dewan ini mampu memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa. Yang penting dewan ini sangat selesa dan besar , sangat sesuai untuk majlis perkahwinan idaman anda. Untuk parkir pula, anda tidak perlu risau sebab banyak parkir kenderaan yang disediakan termasuk parking terbuka dan parking bertingkat. 

Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royale Palace Skyview Cyberjaya

Di Royale Palace Skyview ini, ia dilengkapi pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau (di tingkat 1) dan juga ruang menunggu. Anda boleh ubah ruang event ini mengikut citarasa dan kehendak anda. Dewan dilengkapi dengan aircond yang nyaman. Jika anda inginkan tempat santai, jangan risau kerana mereka boleh menghirup udara segar di sebelah dewan sambil menikmati pemandangan di Cyberjaya.

Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royale Palace Skyview Cyberjaya

Royale Palace Skyview kini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, 5 hari seminggu dari Selasa hingga Ahad. Kalau nak buat event malam, tiada masalah kerana ia juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu malam dan hujung minggu untuk sebarang majlis. Mereka boleh sediakan khidmat rundingan sekiranya nak mengadakan majlis di sini dan membuka ruang untuk lawatan sebelum sesuatu acara diadakan. Selain itu, pelbagai lagi kemudahan yang disediakan di sini seperti :

  • Oblong Table / Cake Table
  • Royal Palace Rostrum 
  • Red Carpet
  • Pentas Utama
  • Lighting System
  • Projector
  • Sound System For Band
  • Instant Photobooth
Royale Palace Skyview Cyberjaya
Royal Palace Skyview Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Royale Palace dan Royale Palace Skyview Cyberjaya, anda boleh layari laman web Royale Palace. Selain itu, anda boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram.

Alamat Royale Palace Skyview Cyberjaya
Level 10, Skytech Tower 2, 
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 
63000 Cyberjaya Selangor
Waze : Skytech Tower 2

019-3316728 (Rashman)
016-4450538 (Pogy)

Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Perghh gile cantik tempatnyaa Momi..tenang aje kalau dapat buat majlis kat situ..