Cuba Spicy Chicken McNuggets®

Cuba Spicy Chicken McNuggets® | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tengok dekat TV dan sosial media, McDonalds Malaysia sedang mempromosikan 'Biasa lawan Pedas'. Promosi ini termasuk Ayam Goreng McD™ Spicy, Ayam Goreng McD™ Regular, Chicken McNuggets® dan sebuah menu baru iaitu Spicy Chicken McNuggets®. Biasa kalau ke McDonalds Malaysia mesti akan cari Chicken McNuggets®, untuk entri kali ini Momi akan kongsikan tentang Spicy Chicken McNuggets® pula.

Cuba Spicy Chicken McNuggets®
Cuba Spicy Chicken McNuggets®

Mula-mula Momi beli, Momi rasa Spicy Chicken McNuggets® ini macam tak rasa pedas, rasa lite-lite gitu. Kalau tengok warnanya sedikit berbeza dari McNuggets yang biasa. Bila sekali gigit sahaja, boleh rasa tahap pedasnya bukan biasa-biasa. Rasa McNuggetsjuga  sedikit berbeza berbanding McNuggets yang biasa. Memang kena makan bersama sos 'sweet sour' atau 'BBQ'(untuk mereka yang tak tahan pedas seperti Momi). 

Cuba Spicy Chicken McNuggets®
Cuba Spicy Chicken McNuggets®

Anda boleh dapatkan Spicy Chicken McNuggets® ini dengan harga RM13.90 (set) dan RM12.00 (ala-carte) untuk 9 ketul. Kebanyakkan cawangan McDonalds Malaysia sudah mula jual Spicy Chicken McNuggets®. Enjoys!