Cuba Snowflake Malaysia Dessert

Cuba Snowflakes Malaysia Dessert

Cuba Snowflake Malaysia Dessert | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anda pernah cuba makan 'dessert' Snowflake Malaysia tak? Sebenarnya Momi pernah cuba beberapa kali makan 'dessert' dekat Snowflake Malaysia yang berasal dari Taiwan ini. Ada pelbagai pilihan 'dessert' yang boleh anda cuba dekat Snowflake Malaysia ni tau. Terima kasih kepada Penaberkala sebab kenalkan Momi dengan 'dessert' yang lazat ini. Mari Momi kongsikan beberapa 'dessert' yang Momi pernah cuba di Snowflake Malaysia.

Cuba Snowflake Malaysia Dessert
Cuba Snowflake Malaysia Dessert

Konsep dekat Snowflake Malaysia ni adalah layan diri dimana anda pesan dan bayar, anda akan diberikan satu alat penggera (tak tahu nak panggil apa), bila ia berbunyi anda perlu ke kaunter untuk ambil sendiri 'dessert' anda. Dari segi harga, bagi Momi sangat berpatutan dan memang anda takkan kecewa dengan setiap suapan 'dessert' dekat sini. Mari Momi kongsikan beberapa 'dessert' yang Momi pernah cuba dekat Snowflake Malaysia :

Japan Combo
Harga : --

Cuba Snowflake Malaysia Dessert
Japan Combo - Snowflake Malaysia

Kalau anda datang ke Snowflake Malaysia, jangan lupa cuba Japan Combo tau. Rasa Soya Bean yang sangat sedap dan menyegarkan dengan topping : matcha ball, pearl dan kacang merah. Memang layan ya guys!

Best Seller Cold Extra
Harga : RM15.90

Cuba Snowflake Malaysia Dessert
Best Seller Cold Extra - Snowflake Malaysia
Seterusnya, kalau nak simple boleh cuba Best Seller Cold Extra. Sebelum anda makan, jangan lupa tuang susu diatasnya. Sangat menyegarkan rasa cincau dan taroball. Rasa tak puas walaupun pesan yang Extra. Please cuba!

Mango Supreme
Harga : RM28.90

Cuba Snowflake Malaysia Dessert
Mango Supreme - Snowflake Malaysia
Peminat Mangga, memang wajib pesan Mango Supreme. Walaupun ada 3 pilihan untuk kategori Mangga ni, Mango Supreme memang paling vass ya! Rasai kesegaran buah Mangga segar bersama sorbet mangga, pearl dan taroballs. Rasa dia memang premium.

Uji'Ryo Supreme
Harga : --

Cuba Snowflake Malaysia Dessert
Uji'Ryo Supreme - Snowflake Malaysia
Suka Matcha? Inilah sesuai untuk anda iaitu Uji'Ryo Supreme. Rasanya juga sangat premium dengan rasa Matcha bersama Uji Matcha Jelly, Matcha Mix, Sesame Mix, kacang merah dan taroball.Yummss!

Haaa.. tunggu apa lagi ? Jom kita rasai kesejukan dan kesegaran 'dessert' dari Taiwan ini. Sekali cuba mesti anda akan datang lagi sebab banyak pilihan tau. Kalau anda berminat nak cuba Snowflake Malaysia, anda boleh datang ke cawangan Snowflake Malaysia di Mid Valley Megamall, Kuchai Lama dan Sunway Piramid. Enjoys!


Post a Comment

0 Comments