Bintang RTM 2020 - Ujibakat Kini Bermula!

Bintang RTM 2020 - Ujibakat Kini Bermula!

Bintang RTM 2020 - Ujibakat Kini Bermula! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bintang RTM telah melahirkan ramai penyanyi yang sangat berbakat dan masih menempah nama dalam industri muzik masa kini. Untuk tahun 2020, Bintang RTM kembali dengan mengadakan 'Pencarian Bintang RTM 2020' bermula Februari hingga Mac 2020 di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia. 

Jadual Ujibakat Bintang RTM 2020
'Pencarian Bintang RTM 2020' bermula di Sarawak pada 22 Februari dan akan berakhir di Kuala Lumpur pada penghujung Mac 2020. Berikut adalah jadual penuh untuk 'Pencarian Bintang RTM 2020' :

Bintang RTM 2020 - Ujibakat Kini Bermula!
Jadual Penuh Bintang RTM 2020

ZON SARAWAK

Kuching
Lokasi Ujibakat : Mydin Petra Jaya
Tarikh Ujibakat : 22 Februari 2020 & 23 Februari 2020

Sibu
Lokasi Ujibakat : Delta Mall Sibu
Tarikh Ujibakat : 22 Februari 2020 & 23 Februari 2020

Miri
Lokasi Ujibakat : Bintang Megamall Miri
Tarikh Ujibakat : 22 Februari 2020 & 23 Februari 2020

ZON SABAH 

Kota Kinabalu
Lokasi Ujibakat : Palm Square Centre Mall
Tarikh Ujibakat : 29 Februari 2020 & 1 Mac 2020

Sandakan
Lokasi Ujibakat : RTM Sandakan
Tarikh Ujibakat : 29 Februari 2020 & 1 Mac 2020

Tawau
Lokasi Ujibakat : RTM Tawau
Tarikh Ujibakat : 29 Februari 2020 & 1 Mac 2020

ZON UTARA (Pulau Pinang)

Bayan Lepas
Lokasi Ujibakat : Kompleks Bukit Jambul
Tarikh Ujibakat : 7 & 8 Mac 2020

ZON SELATAN (Johor)

Johor Bahru
Lokasi Ujibakat : Mydin Mutiara Rini
Tarikh Ujibakat : 14 & 15 Mac 2020

ZON TIMUR (Pahang)

Kuantan
Lokasi Ujibakat : Kuantan Parade
Tarikh Ujibakat : 21 & 22 Mac 2020

ZON TENGAH (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur
Lokasi Ujibakat : KL Gateway Mall, Kuala Lumpur
Tarikh Ujibakat : 28 & 29 Mac 2020

Syarat Penyertaan Bintang RTM 2020

1. Warganegara Malaysia
2. Had umur antara 16 tahun hingga 28 tahun
3. Wajib memuatnaik posting nyanyian di IG sendiri dengan menggunakan symbol tanda pagar #bintangrtm2020
4. Sertakan satu salinan kad pengenalan & sekeping gambar berwarna berukuran 4R
5. Menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama Pop Komersil, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Pop Etnik.
6. Genre lagu yang tidak dibenarkan – irama TRASH, PUNK, HEAVY METAL, BLACK METAL, UNDERGROUND dan lagu yang tidak mendapat kelulusan dari pihak panel lagu RTM.
7. Peserta WAJIB membawa muzik MINUS ONE lagu pilihan dalam Pendrive Format MP3.
8. Berpakaian kemas, sopan dan menarik
9. RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang melanggar syarat yang telah ditetapkan.
10. Peserta akan diadili oleh panel juri professional yang dilantik oleh RTM
11. Segala perbelanjaan semasa menjalani sesi ujibakat adalah tanggungan peserta sendiri
12. Peserta WAJIB mengikut segala aktiviti yang telah dirancang untuk rakaman, jadual latihan dan siaran langsung yang telah ditetapkan RTM
13. RTM berhak menggugurkan mana-mana peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya jika peserta tidak dapat hadir pada tarikh latihan dan rakaman yang ditetapkan oleh pihak penerbitan RTM
14. Hanya peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak penerbitan
15. Keputusan panel juri RTM adalah muktamad
16. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Bintang RTM 2020 akan bermula pada Jun 2020. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ujibakat Bintang RTM 2020 ini, mana tahu anda adalah Bintang RTM yang dicari. Untuk maklumat lanjut mengenai Bintang RTM 2020, sila layari laman web rasmi Radio Televisyen Malaysia.

Post a Comment

0 Comments