JKT48 Release Single Original Pertama, Rapsodi
sumber : www.overseas48.com

JKT48 Release Single Original Pertama, Rapsodi | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Since Momi peminat Idol group seantero dunia, jadi Momi nak kongsikan dengan anda mengenai single terbaru dari artis seberang, JKT48. Momi mengikuti perkembangan JKT48 dari tahun pertama mereka aktif sehingga kini. Mereka  Jakarta-48 atau lebih dikenali dengan nama "JKT48" merupakan 'sister group' pertama (diluar Jepun) dari kumpulan Idol Jepun, AKB48 dan mula aktif sekitar tahun 2011-2012. 

JKT48 telah mengeluarkan 20 single dan 4 studio album dalam masa 8 tahun. Terbaru, JKT48 telah mengeluarkan sebuah single terbaru (Single ke-21) yang merupakan single original pertama mereka. Dalam 8 tahun aktif dalam industri hiburan, JKT48 telah menyanyikan kesemua lagu dari AKB48 yang dialih bahasa dari Indonesia. Untuk single ini, seramai 16 orang ahli terlibat sebagai 'Senbatsu' untuk lagu utama single 'Rapsodi' dan telah dipilih dari JKT48 Original Single Senbatsu Sousenkyo yang diadakan 30 November 2019 yang lalu.

JKT48 Release Single Original Pertama, Rapsodi
JKT48 Release Single Original Pertama, Rapsodi (Sumber : Joox.com)

Lagu Rapsodi merupakan hasil ciptaan dari Laleilmanino (Penulis Lirik) dan Alvin Witarsa (Komposer) dan telah dikeluarkan di bawah Dentsu Media Group Indonesia.  Single 'Rapsodi' telah dikeluarkan secara digital dan 'online streaming' pada 22 Januari 2020. Muzik Video Rapsodi telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi JKT48 pada 22 Januari 2020.

Senarai Lagu Single 'Rapsodi'

01 Rapsodi / Senbatsu
02 Sweet & Bitter / Undergirls
03 Menanti / Shani Indira Natio
04 Gesuna Yume (Mimpi yang Hina) / Feni Fitriyanti and Gabriela Margareth Warouw
05 Dare ga Futari wo Deawaseta no ka? (Siapa yang Membuat Kita Berdua Bertemu?) / Riska Amelia Putri, Ariella Calista Ichwan, and Anastasya Narwastu Tety Handuran

Info Ahli Kumpulan JKT48 Yang Terlibat Dalam 'Rapsodi'

Lagu : Rapsodi
Center : Shani Indira Natio
Dari Team J : Cindy Hapsari Maharani Pujiantoro Putri, Diani Amalia Ramadhani, Feni Fitriyanti, Nadila Cindi Wantari, Riska Amelia Putri
Dari Team KIII: Angelina Christy, Beby Chaesara Anadila, Helisma Putri, Nurhayati, Shani Indira Natio, Shania Gracia
Dari Team T: Gabryela Marcelina, Jinan Safa Safira, Melati Putri Rahel Sesilia, Tan Zhi Hui Celine
Academy Class A: Viona Fadrin

Lagu : Sweet & Bitter / Undergirls
Center : Maria Genoveva Natalia Desy Purnamasari Gunawan
Dari Team J : Ariella Calista Ichwan, Aurel Mayori, Frieska Anastasia Laksani, Gabriela Margareth Warouw, Ni Made Ayu Vania Aurellia, Rona Anggreani, Sania Julia Montolalu
Dari Team KIII: Aninditha Rahma Cahyadi, Maria Genoveva Natalia Desy Purnamasari Gunawan, Yessica Tamara
Dari Team T: Fidly Immanda Azzahra, Nabila Fitriana, Puti Nadhira Azalia, Rinanda Syahputri
Academy Class A: Dhea Angelia, Febi Komaril

Muzik Video 'Rapsodi'



Tahniah JKT48 diatas pelancaran single original pertama mereka. Jika anda berminat untuk dapatkan album single 'Rapsodi' dari JKT48, boleh klik sini. Semoga JKT48 terus sukses ya! Tak sabar nak tunggu JKT48 datang ke Malaysia satu hari nanti.