Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall

Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall | Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Memandangkan Momi ni pengunjung setia ke Mid Valley Megamall (sebab nak main Pokemon GO) , jadi Momi nak kongsikan dengan anda cara mudah ke Mid Valley Megamall dan  The Gardens Mall. Jika dulu hanya ada bas dan KTM sahaja, tapi sekarang lebih mudah dengan beberapa alternatif lain untuk ke Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.

Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki LRT
Cara terbaru ke Mid Valley Megamall kini lebih mudah dengan menaiki LRT. Laluan baru telah dibuka untuk pengguna LRT jika anda berhenti di stesen Abdullah Hukum. Jejantas dari Stesen LRT Abdullah Hukum sepanjang 70 meter itu dibuka bermula jam 6.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari.

Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki Bas
Untuk menaiki bas, anda boleh naik bas RapidKL : 500, 650, 781 dan 822. Selain itu, Mid Valley Megamall juga menyediakan bus Shuttle mengikut jadual yang disediakan dibawah dan mengikut keadaan trafik : 

Bas Shuttle Percuma (Isnin - Khamis)
Setiap 30 minit

Dari Stesen LRT Bangsar
Bas Pertama : 8.05 pagi
Bas Terakhir : 10.40 malam

Dari Mid Valley Megamall
Bas Pertama : 8.10 pagi
Bas Terakhir : 10.45 malam

Tiada perkhidmatan shuttle pada waktu ini :
10.55 pagi – 11.25 pagi
3.10 petang – 4.10 petang
7.30 malam – 8.00 malam

Bas Shuttle Percuma (Jumaat - Ahad)
Setiap 30 minit

Dari Stesen LRT Bangsar
Bas Pertama : 8.05 pagi
Bas Terakhir : 10.50 malam

Dari Mid Valley Megamall
Bas Pertama : 8.10 pagi
Bas Terakhir : 10.55 malam

Tiada perkhidmatan shuttle pada waktu ini :
10.55 pagi – 11.25 pagi
2.45 petang – 3.45 petang
7.15 malam – 7.45 malam

Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki Keretapi
Jika anda dari Sentul, Rawang dan Seremban, lebih mudah jika anda menaiki Keretapi KTM Berhad dan berhenti di stesen Mid Valley atau stesen Abdullah Hukum.

Haa.. mudah kan? Lepas ni tak perlu pening-pening nak ke Mid Valley, risau tiada parking dan sebagainya. Sekarang lebih mudah dan senang untuk ke Mid Valley Megamall. Harap info ini dapat membantu anda. Terima kasih.