• A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rasa nak makan masakan Itali tapi tak tahu nak makan di mana? Apa kata anda cuba hidangan masakan Itali di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Baru-baru ini Momi telah menghadiri sesi 'food review' untuk merasai sendiri makan malam 'A Taste Of Italy 4 Course Set Menu' dari Chef Roberto Panareillo di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Mari baca kisah selanjutnya.

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel mengalu-alukan kehadiran Ketua Chef Masakan Itali, Roberto Panareillo yang mengetuai restoran Villa Danieli. Dengan pengalaman selama lebih dari satu dekad, Chef kelahiran Itali ini dapat menyediakan masakan dengan penuh semangat untuk masakan Itali yang asli. Jadi Chef Roberto Panareillo telah menyediakan beberapa hidangan 'signature' untuk Villa Danieli dengan memperkenalkan 'A taste of Italy by Chef Roberto' dalam 4 course set menu. Berikut adalah empat (4) hidangan dalam 4 course set menu tersebut : 

    Course 1: Antipasti – Tartare Di Tonno

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Antipasti – Tartare Di Tonno

    Untuk memulakan hidangan, hidangan pembuka selera yang unik dengan hidangan tuna premium. Dipasangkan dengan bahan-bahan segar seperti minyak zaitun hijau dan hitam yang diimport, cuka Balsamic manis dari Modena, Itali dan kerangupan bawang merah yang meningkatkan rasa tuna segar yang berair. Hidangan ini dipanggil "Antipasti – Tartare Di Tonno", pastinya membuka selera anda dengan sempurna.

    Course 2: Pasta – Ravioli Carbonara Di Mare

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Pasta – Ravioli Carbonara Di Mare

    Seterusnya, anda bakal dihidangkan dengan hidangan tiga elemen iaitu ravioli pasta, sos carbonara Itali yang asli dan sedikit inovatif untuk pemadat ravioli. Chef Roberto menyumbat ravioli buatan sendiri dengan makanan laut tempatan yang lazat seperti udang, kerang dan bayi sotong yang tidak biasa digunakan sebagai peminum ravioli. Rasa lemak sos carbonara itali memang sedap. What a great pasta. Hidangan ini dipanggil "Pasta – Ravioli Carbonara Di Mare"

    Course 3: Pesce – Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Pesce – Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca


    Paling yang dinanti ialah resipi turun termurun keluarga Chef Roberto selama hampir 80 tahun. Anda sangat bertuah jika dapat rasa hidangan ini. Penarik utama hidangan ini ialah 'Codfish' yang diterbangkan khas dari laut Eropah Utara. Ikan itu dipanggang sempurna dan disajikan bersama sos tomato berasaskan tomato sebenar Puttanesca, di samping sayur-sayuran kukus, buah zaitun, 'capers' dan tomato. Rasa lembut ikan codfish memang buat anda terbuai dengan kesedapan hidangan ini. Hidangan ini dipanggil "Pesce – Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca".

    Course 4: Dolce – Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Dolce – Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna

    Bagi melengkapkan 4 course set menu ini, pastinya anda bakal disajikan dengan pencuci mulut Panna Cotta yang lebih dikenali sebagai puding Itali asli. Chef Roberto mencipta semula resipi Panna Cotta yang sempurna iaitu memberi rasa lebih premium dengan menambah Madagascar vanila yang premium dan beberapa kombinasi buah sitrus. Serius memang sedap! Love the pudding. Hidangan ini dipanggil "Dolce – Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna".

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

    Menariknya, kebiasaannya menu menggunakan buku tetapi hanya di Villa Danieli, menu untuk 'A Taste of Italy' ini hadir dalam surat akhbar atau dikenali sebagai Gazzetta. Kesemua menu terdiri daripada semua bahagian makanan dari Antipasti hingga Dolce. Antara menu lain yang boleh didapati ialah Ravioli di Magro, Pappardelle ai Funghi Porcini, Gnocchi alla Sorrentina Gratinati, seleksi pizza 'signature' iaitu '5 Cheese' yang dimasak dengan sempurna di dalam ketuhar kayu tradisional.

    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

    Kesemua menu ini boleh didapati bermula 17 Januari 2020 di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Untuk maklumat lanjut mengenai A Taste Of Italy dan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, sila layari laman web rasmi Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Untuk tempahan anda boleh emailkan ke dining.specialist@sheraton.com. Untuk mengetahui perkembangan dan promosi dengan cepat, sila layari media sosial mereka di Facebook dan Instagram.

    Alamat Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
    Jalan Sultan Ismail,
    Chow Kit
    50250 Kuala Lumpur.

    Telefon : +60 2717 9900



  • You might also like

    3 comments:

    1. Dah berapa kali makan kat sini. konsep restoran dia memang best sangat. lagi best kalau boleh pergi dengan yang tersayang kan. romaktik gitu.

      ReplyDelete