2019 Review & Happy New Year 2020!
2019 Review & Happy New Year 2020! 

2019 Review & Happy New Year 2020!  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih belum terlewat untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2020 kepada semua pembaca blog Momi! Sudah pastinya awal tahun semua orang bersemangat untuk memulakan tahun baharu mereka. Jadi entri kali ini, Momi nak kongsi dengan anda imbasan tahun 2019 dan harapan untuk tahun 2020.

Imbasan 2019
Tahun 2019, Alhamdulillah dimurah rezeki dengan banyak berkolaborasi dengan jenama-jenama besar seperti McDonalds Malaysia, BOH, AXE, Yeo's, Go Car, Boost App, Anchor, Celcom, realme dan banyak lagi. Kehadiran beberapa platfrom untuk social media influencer seperti Passion Nation, Sushi Vid dan CastingAsia mampu menjana lebih pendapatan. Untuk travel masih lagi dalam 'mood' puasa untuk travel kemana-mana. Rasanya ada beberapa sahaja trip yang Momi sempat pergi seperti Pulau Perhentian (so far yang ingat haha).

Banyak perkara berlaku pada tahun 2019, tapi Momi takkan kongsikan disini. Cukuplah Momi sahaja yang tahu hehe.

2019 Review & Happy New Year 2020!
2019 Review & Happy New Year 2020! 

Harapan 2020

Setiap tahun mesti kita setkan azam tahun baharu kan? Untuk tahun 2020, ingin berusaha keras lagi dan lagi untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Momi juga ingin memantapkan media sosial Momi dan target untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama besar. Semoga tahun 2020 ini Momi akan menjadi yang lebih baik dan lebih rapat dengan keluarga  Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2020 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2020 dengan penuh semangat dan senyuman. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Jaga diri.