Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?

Black Volcano Pizza Bersama Cili? - Pizza Hut Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dah cuba belum Black Volcano Pizza dari Pizza Hut Malaysia? Haa.. sekarang Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas. Black Volcano Pizza kini tampil dengan pilihan yang lebih pedas bersama Cili bagi menghangatkan lagi kemeriahan sambutan hujung tahun ini.

Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza telah mendapat perhatian ramai kerana menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam.Sambutan yang memberangsangkan ini semakin diperhebat dengan Black Volcano Pizza bersama Cili, yang bakal memenuhi citarasa mereka yang menginginkan kelainan di meja makan.

Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?

Ciptaan ini membawakan elemen dramatik dengan rekaan seakan-akan gunung berapi yang meletus. Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza bersama Cili dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup dan kepedasan cili. Momi dah cuba dan rasanya memang pedas pedas sikit tapi rasa Black Volcano Pizza tetap meletop dan sedap!

Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?

Baru-baru ini Momi berkesempatan untuk dekorasi Pizza Black Volcano versi Momi sendiri. Momi berganding bersama Dik Bee untuk menyiapkan Pizza Black Volcano dalam masa yang diberi. Memang sangat teruja sampai letak 'cheese' banyak hehe. Inilah hasilnya, tadaaaa!!

Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?

Pizza Black Volcano bersama Cili boleh didapati untuk masa terhad sahaja dari sekarang sehingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara. Raikan penghujung tahun anda dengan Black Volcano Pizza bersama Cili daripada RM44.50 à la carte. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran.

Black Volcano Pizza Bersama Cili?
Black Volcano Pizza Bersama Cili?

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pizza Hut Malaysia. Jangan lupa ikuti media sosial Pizza Hut Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter. Enjoyss!