Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Oleh kerana itu, Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia telah menganjurkan Program “Merakyatkan Seni Budaya” 2019 yang diadakan pada Ahad, 10 November 2019 di pusat membeli-belah Summit USJ, Subang. 

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Acara yang berlangsung bermula jam 12 tengahari hingga 6 petang itu, menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun untuk pengunjung yang hadir. Antara aktiviti tersebut ialah Demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti, Iskandar. Selain itu, permainan tradisional seperti  batu seremban, congkak dan lompat getah turut disediakan.


Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco), yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan. Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari dalam teks ucapannya menyebut, "Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan."

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Selain itu, beliau juga menyeru agar kepelbagaian agama, budaya dan adat resam kaum di Malaysia hendaklah dihormati dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni (contohnya) melalui cara berpakaian, amalan beragama dan perayaan. Menurutnya lagi, sejak sekian lama, Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja tinggal di negeri ini tetapi menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka.

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

"Ia perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui penglibatan sektor pendidikan, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan seni, budaya dan warisan terus kekal relevan dan diwarisi sebagai satu kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang." tambahnya lagi.

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Majlis juga mempersembahkan pelbagai tarian kebudayaan dari ASWARA dan persembahan dari Bob Yusof yang menyanyikan beberapa buah lagu termasuk lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, "Anta Permana" yang memukau para pengunjung. 

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Momi berharap Program “Merakyatkan Seni Budaya” menjadi aktiviti tahunan supaya dapat memberi lebih lagi manfaat kepada masyarakat mengenai seni budaya Malaysia. Tahniah buat Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia diatas penganjuran program ini. 

1 comment:

  1. bgs program cam ni, al least anak-anak boleh belajar dan tahu budaya sendiri

    ReplyDelete

Powered by Blogger.