Pokémon GO - 10 Sebab Kenapa Wajib Install Semula Pokémon GO!

Pokémon GO - 10 Sebab Kenapa Wajib Install Semula Pokémon GO!
Pokémon GO - 10 Sebab Kenapa Wajib Install Semula Pokémon GO!

Pokémon GO - 10 Sebab Kenapa Kena Install Semula Pokémon GO! |  Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Ingat tak bila kali terakhir anda main permainan mudah-alih "Pokemon GO"? Sekitar tahun 2016-2017 pastinya ramai yang pernah muat turun aplikasi Pokemon GO ni, pergi mana sahaja mesti ramai yang sedang kusyuk main permainan mudah-alih ini. Momi juga pernah muat turun dalam smartphone dan berhenti main sekitar awal tahun 2017. 

Awal tahun ini, selepas beli smartphone baru rasa nak muat turun semula Pokemon GO dan cuba untuk main semula. Setelah beberapa tahun tidak menggunakan aplikasi ini, banyak perubahan yang sudah dilakukan dalam aplikasi yang dihasilkan oleh Niantic. Nasib baik dulu log masuk guna email yang sama, jadi tiada masalah untuk log masuk. 

Beberapa bulan selepas muat turun aplikasi Pokemon GO ternyata memang seronok dan lebih banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan. Impaknya masih lagi sama macam mula-mula main dulu. Bila ada "Community Day" atau "Special Events", anda mungkin tak sangka ramai lagi yang main Pokemon GO ini tak kira bangsa dan lapisan umur. Momi selalu ke Mid Valley, memang ramai orang duduk dekat satu tempat untuk lawan 'raid' atau semasa 'Community Day'. Sangat meriah!

Pokémon GO - 10 Sebab Kenapa Wajib Install Semula Pokémon GO!
Semua tengah Kusyuk Main Pokémon GO tu hehe.

Jadi, nak tahu apa yang menariknya tentang aplikasi Pokemon GO ni, meh Momi nak kongsikan dengan anda apa yang menariknya aplikasi Pokemon GO so far :

1. Gym Battle Lebih Menarik!
Momi tak pasti sama ada dulu pernah tengok Gym dalam Pokemon GO. Kalau dulu memang tak berani nak lawan dekat Gym tu memandangkan dulu tujuannya nak kumpul Pokemon sahaja. Lepas main semula, Momi lebih gemar berlawan dekat Gym dan kalau ada rezeki, boleh tinggalkan Pokemon dekat Gym. Seronoknya dapat Coins tau, boleh beli barang dekat "Shop". 

Untuk tinggalkan Pokemon dekat Gym, anda hanya perlu duduk selama 8 Jam 20 Minit untuk dapatkan maksimum coins 50 sehari. Jika anda keluar hari berikutnya selepas 12.00 tengah malam, Coin anda akan dikira pada hari berikutnya. Menarik kan? Tapi awas! Kalau Gym dekat tempat orang ramai, peluang untuk dapat 50 coin adalah tipis. Jadi jangan lupa bagi beri ya. 

2. Raid Battle
Nak cari Pokemon legenda atau 'rare', disinilah tempatnya. Raid akan berlangsung kebiasaannya dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam. Selepas 9.00 Malam memang takde raid cuma gym sahaja. Raid jadi sangat menarik bila main bersama "Friends" anda. Setiap raid battle akan diadakan selama 45 minit dan setiap sesi hanya maksimum 20 orang sahaja. Kalau nak lagi cepat menang, cari kawasan yang ramai orang main Pokémon GO. Macam Momi selalu raid dengan kawan-kawan dekat Mid Valley.

3. Challenge A Trainer
Menariknya, sekarang dah boleh lawan dengan kawan sendiri tau. Anda hanya perlu 'scans' QR Code dalam NEARBY kemudian cari BATTLE. Kalau kerap berlawan mungkin akan dapat hadiah yang best seperti "Rare Candy", "Sinnoh Stone" dan banyak lagi.

4. Add Friends & Bagi "Gift"
Yes! Lepas install semula Pokemon GO , Momi lebih teruja sebab boleh Add kawan. Lepas tu, bila dah Friends boleh tukar Hadiah setiap hari sehingga jadi "BEST FRIEND". Rasanya sehari boleh buka hadiah sehingga 15-20 hadiah macamtu.

5. Training & Battle Dengan Team Leader
Selain mencabar rakan anda, anda juga boleh berlatih untuk berlawan bersama 3 team Leader. Sehari sekali berlatih mungkin akan dapat hadiah yang best seperti "Rare Candy", "Sinnoh Stone" dan banyak lagi.

6. Pokémon GO Community Day
Pokémon GO Community Day ini paling ditunggu-tunggu setiap bulan. Masa mula Install semula aplikasi ini, Momi tak tahu sangat mengenai Community Day ini. Momi mula sertai Pokémon GO Community Day pada Ogos 2019. Masa tu ada banyak Ralts muncul dalam masa 3 jam dan akan muncul "Shiny Pokemon" juga tau.

7. Field Research & Special Research
Pokémon GO juga memperkenalkan Field Research & Special Research. Jadi anda akan bermain Pokémon GO tanpa rasa bosan sebab ada beberapa 'task' yang perlu diselesaikan. Pada ruangan  Field Research, anda boleh mengumpul Stamp selama 7 hari dan akan dapat 'rewards' seperti Stardust, XP, Pokeball dan batu istimewa seperti Sinnoh atau Unova. Kemudian pada ruangan Special Research banyak 'task' dikeluarkan mengikut Event yang sedang berlangsung, dan ganjarannya sangat lumayan.

8. Buru "Shiny" Pokemon
Antara benda paling penting dalam Pokémon GO ini ialah 'Shiny Pokemon'. Kenapa nak buru 'Shiny Pokemon' ini sebab ia merupakan Pokémon dengan warna yang berbeza dari kebiasaanya. Jadi ia sangat 'rare' dan sangat jarang ditemui. Kalau dapat Shiny Pokemon, jangan lupa simpan ya hee.

9. Pokemon Go Special Events
Untuk nampak lebih menarik, Pokémon GO selalu mengadakan 'event' supaya pemain tidak bosan. Antara event yang pernah berlansung ialah 'Halloween', 'Easter Egg Day', 'Water Festival' dan banyak lagi. Kebiasaanya event ini akan berlangsung selama 2-3 minggu, jadi banyak Pokemon akan muncul dan Shiny Pokemon diperkenalkan.

10. Battle Dengan Team Rocket
Baru sahaja bermula tahun ini, Team Rocket mengambil alih PokeStop apabila PokeStop menjadi warna gelap. Anda boleh pilih sama ada untuk berlawan atau tidak. Baru-baru ini, telah muncul Team Leader GO Rocket yang lebih mencabar untuk berlawan kerana CP Pokemon mereka lebih dari 8,000 ke atas. 

Terbaiklah update terkini dari Pokemon GO. Dari main seorang, sekarang dah ada ramai kawan-kawan yang main Pokemon GO dengan Momi hehe. Ia boleh merapatkan silaturrahim dan dapat kenalan baru dengan hanya main Pokemon GO. Itu sahaja perkongsian dari Momi tentang Pokemon GO. Kalau main Pokemon GO tu, jangan lupa add Momi ya hehe. ID Pokemon GO : 9647 4138 5742. Enjoyss!

Post a Comment

0 Comments