NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pasti ramai yang sedia maklum, merokok tidak baik untuk kesihatan. Apatah lagi sekarang banyak tempat sudah meletakkan logo larangan merokok. Setiap minit, 13 perokok mati akibat penyakit berkaitan merokok. Setiap tahun, rokok telah meragut nyawa lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia. Jadi ramai yang sudah berhenti merokok dan beralih kepada penggunaan vape dalam kehidupan seharian mereka.

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

Baru-baru ini, NCIG telah mengadakan NSummit2 untuk melancarkan produk baru kepada pengguna vape. Selain itu, NCIG telah mengumumkan akan memberhentikan operasi mereka di Malaysia. Mengapa NCIG nak berhenti operasi di Malaysia? Mari Momi kongsikan kisah selanjutnya.

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

Mengenai NCIG
NCIG adalah syarikat berasaskan teknologi dari Malaysia yang mereka-bentuk,  mengeluarkan dan mengedarkan alat yang berkesan untuk membantu perokok dalam menghentikan ketagihan mereka terhadap rokok. Ini adalah sebahagian daripada misi NCIG untuk meningkatkan kualiti hidup perokok dan keluarga mereka dengan menghentikan ketagihan rokok mereka selama-lamanya.

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

NCIG mendapati penyasaran produk dewasa kepada remaja sebagai menentang misi jangka panjangnya dalam penyediaan penyelesaian yang berkesan untuk lebih satu bilion perokok dewasa di seluruh dunia untuk menamatkan ketagihan rokok mereka.

NSummit2 – NCIG Total Solution 
NSummit2 – NCIG Total Solution telah diadakan dekat Mines International & Convention Centre pada 9 November 2019 dan telah dihadiri lebih 5000 pengunjung termasuk usahawan tempatan terkemuka dan wakil-wakil kerajaan. Selain itu, turut diadakan sesi dialog bersama pakar Antarabangsa dalam Forum "Vaping from a Global Perspective International" yang disertai oleh 3 ahli panel iaitu Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dr. Arifandi Sanjaya (Indonesia) dan Dr. Konstantinos Poulas (University of Patras, Greece).

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

NCIG (M) SDN BHD Bakal Menghentikan Operasi Di Malaysia
Semasa Pelancaran produk NCIG baru yang dipanggil "NCIG2" oleh Ketua Pegawai Eksekutif NCIG (M) Sdn Bhd, Encik Shariffudin Bujang. Beliau dengan duka citanya mengumumkan bahawa NCIG (M) Sdn Bhd bakal menghentikan operasinya di Malaysia. Berita ini sangat mengejutkan satu dewan khususnya pengguna setia NCIG. Keputusan itu diambil kerana Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam membantu rokok elektronik dan sekaligus menghalang syarikat NCIG untuk terus beroperasi.

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

"Produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah untuk Malaysia kerana ia hanya akan menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Sebaliknya, NCIG menawarkan produk rokok elektronik sifar nikotin digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok. Disebabkan oleh regulasi yang diguna pakai sekarang, NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia" kata Encik Shariffudin Bujang.

NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?
NCIG Bakal Berhentikan Operasinya Di Malaysia?

Selepas ini, NCIG mengutamakan pelaburan mereka pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah di luluskan,terutamanya di United Kingdom dan Indonesia. NCIG telah membantu lebih daripada 170,000 orang perokok dengan mengubah kehidupan mereka dan membantu mereka berhenti merokok sepenuhnya. 

Post a Comment

0 Comments