Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti
Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tetiba Momi rasa gatal gila kaki nak pergi travel dengan kawan-kawan-kawan. Hari itu kebetulan masa tengah lepak dengan mereka, ada kawan suggest nak pergi travel ramai-ramai. Memandangkan sudah lama tak jumpa, inilah masanya nak bincang nak pergi travel mana. Jadi Momi cuba buka laman web Traveloka untuk book cheap Emirates flight tickets. Tetiba rasa nak naik flight international ya hahhaa.

Ada juga kawan-kawan yang suggest tengok scoot online booking juga. Not bad jugalah sebenarnya harga tiketnya. Nak kata mahal sangat pun tak juga, nak kata terlalu murah pun tak juga. Dia macam in the middle lah. Lepas tu, beria-ria cari flight, kami tak tahu kemana lokasi yang kami nak pergi. Jadi mereka suruh Momi pilih lokasi menarik untuk kami travel. Momi terus terlintas beberapa negara yang best untuk pergi jalan-jalan dan 'food hunting'. Tanpa berfikir panjang, Momi terus google tempat-tempat yang menarik untuk pergi bercuti tetapi masih 'affordable' untuk kami yang jenis low cost bajet travellers. Jom tengok 3 lokasi pilihan Momi : 

Hatyai, Thailand
Bagi pendapat peribadi Momi, Hatyai ini merupakan syurga makanan. Kalau memang target untuk foodhunting memang bestlah kalau datang sini. Tetapi kalau target untuk buat aktiviti-aktiviti yang lain, ia kurang sesuai sebab tak banyak tempah menarik yang boleh kita beraktiviti selain makan dan membeli-belah. Antara tempat makanan yang wajib pergi kalau datang Hatyai ni ialah Dimsum Chibura, Khlong Hae Floating Market, Asean Night Market dan Lee Garden Market.

Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti
Khlong Hae Floating Market
Sumber : ieyra.com

Kawan-kawan yang pernah pergi ada cakap, kalau dah sampai Hatyai, tak pergi tempat tempat ni memang rugi sangat dan kalau nak ke Hatyai elakkan untuk pergi hari Isnin, sebab banyak tempat tutup hari tersebut. Waktu yang terbaik untuk pergi adalah hari Khamis sampai Sabtu ataupun yang selalu orang pergi Jumaat sampai Ahad. Kenapa kena pergi hari-hari ni sahaja? Sebab Khlong Hae Floating Market tu buka Jumaat sampai Ahad sahaja. Kalau pergi hari lain, memang tak dapat pergilah nanti. Hah lagi satu makanan yang memang wajib cuba kat sana kerabu maggi, pulut mangga, pancake pisang, aiskrim kelapa dan air green tea. Ahh bestnya kalau dapat pergi sekarang haha.

Yogjakarta, Indonesia
Yogjakarta sememangnya tempat yang famous juga dalam kalangan rakyat Malaysia sebab ia adalah syurga membeli-belah dengan harga yang sangat murah. Jadi kalau memang ada niat nak shopping barang seperti beg dan baju tu boleh lah datang sini. Selain shopping banyak sebenarnya yang kita boleh buat kalau sampai sini sebab banyak tempat yang boleh kita kunjungi tidak kira waktu siang ataupun malam. Antara tempat yang popular ialah Candi Borubudur, Taman Negara Kalibiru, Gunung Merapi, Jalan Malioboro, Puncak Becici, Hutan Pinus Pengger dan Pantai Timan.

Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti
Cantiknya Candi Borubudur!
Sumber gambar : mekonie.com
Sebenarnya banyak lagi tempat, tetapi ini adalah antara yang terkenal dan orang selalu pergi. Orang kata dekat Pantai Timang ada jual lobster yang harganya sangat berbaloi memang kena cubalah kalau pergi sini kan. Haa lagi satu kalau suka aktiviti air, Gua Pindul memang kena masuk dalam senarai nanti. Jadi Yogyakarta ini memang best sebab kita boleh buat banyak benda selain daripada food hunting semata-mata. Makanan tak perlu risau, sebab makanan halal ada dimana-mana dan kita hanya pilih yang mana suka. Momi kalau pergi sini memang nak cuba kopi arang dengan kopi luwak sebab kawan-kawan yang pergi kata rugi kalau tak cuba.

Nak Travel Ke Mana? Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti
Nice juga bergambar dekat Puncak Becici.Sumber gambar : ieyra.com
Ho Chi Minh, Vietnam
Bagi Momi, kalau memang target nak bercuti secara yang lebih relaks, Ho Chi Minh adalah satu tempat yang agak sesuai untuk pergi. Sebab apa ia sesuai? kerana terdapat pelbagai tempat yang boleh kita lawati seperti Cu Chi Tunnel, War Remnants Museum, Central Post Office dan Bitexco Financial Tower. Tempat-tempat ini merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong kalau datang ke Ho Chi Minh. Sekiranya, nak lari daripada kesibukan bandar, boleh pergi ke Rin Rin Park. Walaupun tempatnya kecil tetapi ia memberikan ketenangan pada kita dengan melihat keindahan ciptaan Tuhan.

Jadi inilah 3 lokasi yang Momi dah buat shortlisted. Momi yakin kawan-kawan akan pilih Yogyakarta untuk travel kali ni. Sebabnya, dekat situ je boleh buat pelbagai jenis aktiviti bersama-sama. Tetapi macam ada kemungkinan diorang pilih Hatyai sebab dah semuanya hantu makan ya haha. Kita tunggu dan lihat sahaja lokasi yang mereka akan pilih nanti.

No comments:

Powered by Blogger.