Ejen Ali : The Movie - Movie Review

Ejen Ali : The Movie - Movie Review
Ejen Ali : The Movie - Movie Review

Ejen Ali : The Movie - Movie Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Buat pertama kalinya, Primeworks Studios mempersembahkan sebuah filem animasi dari siri animasi "Ejen Ali". Entri kali ini Momi akan review filem terbitan Primeworks Studios iaitu filem "Ejen Ali : The Movie". Pada 19 November yang lalu, Momi telah menghadiri Malam Gala tayangan perdana Ejen Ali : The Movie di GSC Mid Valley. Filem ini ditayangkan bermula 28 November 2019. Best ke tak?  *Perhatian : Spoiler!* 


Sinopsis Ejen Ali : The Movie
Filem Ejen Ali : The Movie mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 37 Minit ini merupakan arahan Usamah Zaid. Filem ini dibintangi oleh Ida Rahayu, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Shafiq Isa, Fadhli Shafian dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai Umum dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Ejen Ali : The Movie - Movie Review
Ejen Ali : The Movie - Movie Review

Ulasan Filem Ejen Ali : The Movie
Momi bukanlah peminat tegar animasi Ejen Ali. Sebelum menonton filem ini, Momi belum pernah lagi menonton mana-mana episod siri animasi Ejen Ali tetapi filem ini bakal membuatkan Momi sebagai seorang peminat siri Ejen Ali selepas menontonnya. Berlainan dari kisah Upin & Ipin dan Boboiboy, Ejen Ali bagi Momi lebih matang dan pertama kali menonton boleh faham beberapa jalan ceritanya.

Jalan ceritanya sangat menarik dan padat dengan aksi yang sangat memukau. Selain itu, ia penuh dengan elemen kejutan untuk penggemar sirinya sebab ada beberapa persoalan dalam siri animasinya terjawab dalam filem ini. Paling menarik, ia diselitkan dengan beberapa 'humor' dan Momi sangat enjoy menonton filem ini. 

Bercerita tentang animasinya pula, Momi diberitahun oleh adik Momi supaya fokus 'rambut' setiap watak dalam filem ini. Ternyata memang terpukau dengan editing rambut yang sangat teliti. Hasil keseluruhan animasi sangat membanggakan dari segi pergerakan dan senimatografinya. Memang terbaik! 

Secara keseluruhannya, Ejen Ali : The Movie sangat menarik dan awesome gila. Sekarang, Momi sedang menonton kesemua episod animasi Ejen Ali pula. Jangan lupa menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 28 November 2019. Memang kenalah dengan musim cuti sekolah kan? Jangan lupa bawa kanak-kanak untuk menonton filem terbaik ini.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG


No comments:

Powered by Blogger.