Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Biasa kita selalu makan dekat kedai mamak kan? Haaa apa kata kali ini Momi nak kongsikan sebuah restoran makanan India yang terletak berdekatan KL Sentral iaitu 'Yarl Restaurant'. Rasanya dah lama duduk di Kuala Lumpur tapi ini pertama kali Momi mengetahui tentang Yarl Restaurant yang betul-betul bersebelahan dengan YMCA Brickfields. Apa menu menarik yang dihidangkan dekat Yarl Restaurant? Ikuti kisah yang Momi kongsikan.

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Yarl Restaurant
Yarl Restaurant ini menghidangkan masakan sebenar yang datang dari Jaffna, yang merupakan ibu negeri di wilayah utara Sri Lanka. Nama 'Yarl' itu sendiri datang dari alat muzik 'Yarl' yang asli dari Jaffna. Untuk pengetahuan anda, semua bahan-bahan masakan didatangkan khas dari Jaffna bagi mengekalkan rasa segarnya masakan di Yarl Restaurant. Tempat makan bagi Momi sangat selesa dengan 'aircond' dan kipas, jadi pelanggan bakal menikmati makanan dalam suasana yang selesa. Selain menghidangkan makanan di restoran, Yarl Restaurant juga menyediakan perkhidmatan katering secara harian, mingguan dan majlis-majlis khas. 

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Bufet Makan Tengah Hari Yarl Restaurant
Untuk makan tengah hari dekat Yarl Restaurant, mereka menghidangkan nasi panas atau nasi 'kulangal' dan lebih dari 20 jenis lauk yang lazat. Yarl Restaurant memudahkan pelanggannya dengan memilih beberapa set bersama harga yang disediakan untuk makan tengah hari dan makan malam. Empat pilihan set ialah 'Vegeterian', 'Chicken' (ayam), 'Mutton' (kambing) dan 'Fish' (ikan). Set tersebut didatangkan bersama nasi (pilih nasi putih atau nasi 'kulangal'), 2 sayur atau 3 sayur (untuk vegeterian) dan rasam atau sambal (untuk vegeterian).

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Antara lauk yang menjadi tumpuan pelanggan semasa makan tengah hari adalah kari ayam, kari kambing, kari udang, kari sotong, asam pedas ikan pari, sayur-sayuran, kuah dhal, pelbagai jenis sambal dan banyak lagi. Seronoknya dapat rasa kesemua hidangan ini, memang rambang mata nak makan yang mana satu dulu. Memandangkan Momi suka ayam, Momi banyak makan nasi bersama kari ayam dan kuah darl. Selain itu, Momi diberi kesempatan untuk mencuba pencuci mulut iaitu 'Sweet Appam', memang sedap dimakan panas-panas tau.

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Waktu Operasi Yarl Restaurant
Dibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 10.00 malam dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Berikut adalah jadual sarapan pagi hingga makan malam di Yarl Restaurant :
- Sarapan Pagi (Breakfast) - 7.00 pagi - 11.00 pagi
- Makan Tengah Hari (Lunch) - 11.30 Pagi - 3.00 petang
- Minum Petang (Tea Time) - 3.30 petang - 6.30 petang
- Makan Malam (Dinner) - 7.00 malam - 10.00 malam

Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant
Bufet Makan Tengah Hari Di Yarl Restaurant

Alamat Yarl Restaurant
50, Jalan Padang Belia,
Brickfields,
50470 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yarl Restaurant, sila ikuti mereka di Media Sosial : Facebook dan Instagram. Enjoyss!

Post a Comment

1 Comments