Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia!

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Satu Malaysia terkejut apabila McDonald's Malaysia menaikan papan tanda 'Mekdi' dekat lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982 iaitu McDonald's Bukit Bintang. Masa tiba dekat McDonald's Bukit Bintang, teruja nampak papan tanda 'Mekdi' dan ramai juga orang lalu lalang berhenti untuk bergambar dengannya.

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Kebiasaannya orang kita hantar mesej mesti guna perkataan 'McD' atau 'Mekdi', jadi sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan dari pelanggan mereka McDonald's Malaysia telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra 'Mekdi' yang diberikan kepada McDonald's sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019. 

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Nasi Lemak McD
Sempena meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald's Malaysia memperkenalkan Nasi Lemak McD yang merupakan hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri. Kebiasaanya Nasi Lemak dihidangkan dalam bungkusan bersama daun pisang atau plastik bersama surat khabar, tetapi untuk Nasi Lemak McD ia dihidangkan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh menambah selera mereka dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan bersama Milo Ais. Untuk makan tengah hari dan makan malam, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Selain dari Nasi Lemak, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Bukan itu sahaja, citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara.

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Kumpul 1 Juta Tandatangan 'Nasi Lemak Hidangan Kebangsaan Malaysia' Menjelang Hari Malaysia
Apabila ditanya apakah makanan kebangsaan Malaysia, ramai yang menjawab 'Nasi Lemak'. Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari http://chng.it/LDfjGDJsQs. Momi sudah! Anda bila lagi? 

Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!
Mekdi? McDonald's Malaysia Terima 'Mekdi' Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka!

Jangan lupa untuk cuba 'Nasi Lemak McD' di McDonald's berdekatan anda serta jadikan Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan kita. Muat turun aplikasi McDonald's Malaysia di Google Play dan App Store untuk menikmati hidangan dengan harga yang menarik. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, sila layari laman web rasmi McDonald's Malaysia. Selamat mencuba, Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia!

Post a Comment

1 Comments

I N A A I N A A said…
Nyummnyummmmmm.. tapi ena tak rasa lagi nasi lemak MCD