5 Video Task Yang Mencabar Semasa Shooting

5 Video Task Yang Mencabar Semasa Shooting
5 Video Task Yang Mencabar Semasa Shooting

5 Video Task Yang Mencabar Semasa Shooting | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun 2019 pastinya banyak jenama lebih fokus untuk mencari 'influencer' atau Blogger yang menawarkan perkhidmatan video. Berbanding dengan posting bergambar, menghasilkan satu video pastinya lebih sukar dan banyak proses perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang kita inginkan. 

Sebelum nak menghasilkan video, perlu ada jalan cerita, apa yang kena letak dalam video dan sebagainya. Paling penting kena ada orang rekod ya hehe. Walaupun hasilnya tak gempak sangat tapi cukup memuaskan hati 'client'. Momi juga masih dalam usaha untuk mencari beberapa peralatan untuk rekod video memandangkan permintaannya semakin banyak.

Jadi, mari Momi kongsikan 5 video 'task' yang mencabar semasa Momi shooting. 

1. Axe Community


Untuk kempen "Axe Community" ini sedikit mencabar sebab ia dihasilkan tanpa storyline dan guideline. Kiranya masa buat video ini belasah sahaja. Boleh nampak rekod ulangalik dua kali dekat tempat yang sama. Rasa 'nervous' masa shooting takut pengawal dekat situ kata tak boleh shooting ke apa kan? (walaupun sebenarnya kena ada surat haha). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hehe.

2. Cabaran Makan Mamee Monster Black dalam masa 60 saat?


Okay guys, sebenarnya Momi tak makan pedas ya, diulangi tak makan pedas. Biasa kalau pedas sikit dah minum air. Tiba-tiba nak cabar diri untuk makan "Mamee Monster Black" ini dalam masa 60 saat. Dalam hati tertanya "pedas sangat ke?", "nampak okay je.". Masa shooting video ini memang dah siap secawan air sejuk dan satu kotak susu coklat.

Disebabkan hanya dapat dua sahaja "Mamee Monster Black" ini, Momi akan shoot sekali sahaja kalau pedas. Gigitan pertama rasa macam biasa, namun selepas 10 saat rasa pedasnya lain macam sikit. Terus menahan sehingga 60 saat. Rasa nak menangis makan ni. Lepas tu habis satu kotak susu coklat dan 5 gelas air. Bagi Momi pedas gila! Alhamdulillah video diterima dengan jayanya hehe.


3. No Cash Challenge - Boost App


Untuk shoot video ini, Momi hampir tarik diri sebab scene dekat Tesco sahaja. Mula-mula nak pergi shoot dekat Tesco dulu sebab dekat Tesco memang mencabar, kena tunjuk cara beli dan scan Boost App dekat kaunter bayar. Untuk scene lain rasanya mudah sikit.

First pergi dekat Tesco Mutiara Damansara, beranggapan semuanya okay. Bila dah sampai rasa pelik sebab tak nampak poster Boost App, lalu terus tanya dekat Kaunter Khidmat Pelanggan mereka rupanya dah seminggu Boost App problem masa tu. Serius, rasa sangat 'down' sebab datelinenya adalah esok hari dan dapat tugasan pon dua hari sebelum. Rasa give up pon ada.

Hari berikutnya, meneruskan misi cari Tesco dekat Paradigm Mall. Alhamdulillah boleh guna Boost App. Terus shooting dalam sekitar Tesco. Kemudian, masalah datang semasa nak bayar. 'Expectation' Momi adalah cashier akan scan Boost App guna scanner, ternyata Momi silap. Momi kena scan sendiri dekat tempat yang disediakan. Ya Allah, hangatnya rasa hati masa tu haha. Bertenang sekejap beberapa minit dan shoot semula scene yang sama. Nasib baik cashier Tesco memberi kerjasama yang baik hehe.

Untuk dua scene lain sedikit mencabar juga, lagi-lagi nak beli voucher dalam Boost App. Mula-mula pergi Inside Scoop, tapi ada problem sedikit terpaksa ubah pergi llao llao dekat area The Gardens. Nasib baik cashier llao llao bagi kerjasama yang baik. Mudah kerja kami hehe. Alhamdulillah. Lulus! haha.

4. Floridina - 1 Gulp Challenge


Untuk lakukan sesuatu cabaran bukanlah mudah bagi seorang Momi. Lagi-lagi nak minum air dalam masa 8 saat, rasa macam susah je. Tapi Momi masih nak cabar diri untuk ambil kempen 1gulpchallenge dari Floridina ini. Momi diberi 4 botol Floridina untuk cabaran ini tapi hanya guna 1 botol sahaja.

Semasa shooting sedikit mencabar apabila scene minum berjaya dalam masa 8 saat tapi ada air mengalir dekat bawah mulut. Jadi Momi rasa ia seperti tak senonoh dan terpaksa shoot semula scene tersebut. Rasanya minum cepat untuk scene pertama dah buat rasa perut semacam, inikan nak minum sekali lagi. Terus rasa nervous. Alhamdulillah berjaya juga! Walaupun selepas itu ada beberapa perkara terjadi, tapi Alhamdulillah berjaya upload hehe.

5. Pati Ikan Haruan Harwany


Semasa shoot video ini memang mencabar sebab masa ni bulan puasa dan selepas waktu berbuka. Jadi untuk shoot memang susah sikit. Sebab apa susah? Kena shoot beberapa scene berulang kali kerana nak elak bungi mercun meletop. Pada asalnya nak shoot sambil bercakap, jadi memang kuatkan suara untuk menerangkan mengenai Pati Ikan Haruan Gamat Harwany ini. Disebabkan tak boleh nak bendung bunyi meletop sana sini, akhirnya Momi decide untuk guna 'voice over' sahaja. Alhamdulillah.
----

Bagi Momi shooting video memang sesuatu pengalaman yang best sebenarnya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kita kena lalui dan ia tidak semudah yang disangka. Bila melihat hasilnya, rasa puas hati dan gembira berjaya juga siapkan dalam masa yang ditetapkan. Okay sampai disini sahaja perkongsian Momi. Seronok dapat kongsikan kepada anda. Ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di ruangan komen . Terima kasih baca sampai habis hehe.

No comments:

Powered by Blogger.