Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok

Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok
Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok

Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih dalam demam bubble tea, jadi Momi meneruskan jelajah mencari minuman viral bubble tea atau fresh milk (susu segar) di sekitar kawasan berdekatan. Untuk Cuba Try Test Tengok edisi Bubble Tea / Fresh Milk ini Momi nak cuba Boba Brown Sugar With Milk dari Secret Recipe Eh? Secret Recipe. Yes, mereka juga tidak mahu melepaskan peluang demam 'bubble tea' dengan mengeluarkan seleksi minuman boba sendiriMacam mana rasa Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk ini?

Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok
Secret Recipe Boba Brown Sugar With Milk - Cuba Try Test Tengok

Sedutan pertama untuk bubble tea ini memang sangat mengejutkan sebab rasa terlalu manis. Tak pasti sama ada ini adalah resipi biasa mereka atau terlebih sesuatu bahan. Rasa terlalu manis sampai tak boleh nak habiskan seorang, memang kongsi dengan adik habiskan haha. Jika nak rasa-rasa, anda boleh dapatkan Boba Brown Sugar With Milk dari Secret Recipe ini dengan harga seperti berikut :

Dine In 
Regular - RM9.30
Large - RM10.40

Take-away
Regular - RM8.50
Large - RM9.50

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Selamat mencuba!

No comments:

Powered by Blogger.