Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Lepak dan Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kepada mereka yang gemar mencari tempat menarik untuk makan sambil lepak, lagi-lagi 'food hunter' kan? Okay, Momi ada jumpa sebuah tempat lepak dan makan "Foodmonger" yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Dekat Foodmonger ini menyediakan ruang makan yang selesa dan hipster, jadi sesuai untuk anda yang suka makan dan lepak dengan keluarga dan kawan-kawan.

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Ruang Makan Selesa Di Foodmonger

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Ruang Makan Selesa Di Foodmonger
Untuk pengetahuan anda, Foodmonger kini sudah mempunyai lima (5) vendor makanan yang sudahpun mula beroperasi termasuk AYO! Fried Chicken, Fam' Fries dan 3eleven Satay. Menariknya, menu yang disediakan adalah sesuai untuk semua lapisan umur iaitu bermula dari menu ekonomi sehingga menu premium seperti stik, lobster dan sebagainya. Harga paling maksimum RM29.90 tau hehe.

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Jom tengok sikit beberapa hidangan yang sempat Momi rasa semasa Majlis Rumah Terbuka Raya Foodmonger baru-baru ini :

AYO! Fried Chicken
AYO! Fried Chicken menyediakan Ayam Goreng Cheese yang sudah dikenali dan memiliki 6 cawangan termasuk di Foodmonger Cyberjaya. Istimewanya resipi Ayam Goreng Cheese ini disediakan sendiri oleh pemiliknya, Zahir Ariffin. AYO! Fried Chicken menyediakan 3 jenis set Ayo Fried Chicken di Foodmonger ni iaitu set 12 ketul, set 9 ketul dan set 6 ketul. Wajib cuba jika anda singgah di Foodmonger. Harga sekitar RM10-RM15.

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Fam' Fries Kitchen
Adik-adik dan mungkin kakak-kakak pasti mengenali pelakon dan model, Aedy Ashraf. Aedy Ashraf adalah pemilik untuk salah satu vendor di Foodmonger iaitu Fam' Fries Kitchen. Menariknya Fam' Fries Kitchen ini menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries dan Melted Cheese Fries dengan pilihan tahap rasa original, spicy dan very spicy. Nak lebih? Jangan risau, anda hanya perlu tambah RM3 untuk setiap satu seperti Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili. Harga sekitar RM6-RM12.

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

311 Satay
Satay? Yesss! Penggemar satay boleh menikmati satay yang lazat ini hanya di 311 Satay. Selain dari satay biasa seperti satay ayam dan daging, mereka juga ada menyediakan satay kambing, rusa dan perut anda cuba dan rasai sendiri kelainan 311 Satay ini. Harga sekitar RM1.50-RM2.80 (Satu Cucuk).

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Rice Set Foodmonger
Terasa nak makan nasi? Jangan risau, Foodmonger juga turut menyediakan 'Rice Set' yang boleh anda cuba. 5 menu yang dihidangakan ialah Creamy Buttermilk Chicken Rice, Garlic Soy Stir-fry Mushroom Rice, Stir-fry Honey Black Pepper Beef Rice, Salted Egg Squids Rice dan Sweet & Tangy Beef Meatball RiceHarga sekitar RM10.50-RM19.50.

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Mungkin anda sedang tercari-cari dimana alamat dan waktu Foodmonger beroperasi, jadi Momi kongsikan disini ya : 

Waktu Operasi Foodmonger Cyberjaya
Dibuka setiap hari
(Kecuali Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha)
5.00 Petang - 2.00 pagi

Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya
Lepak & Makan Dekat Foodmonger Cyberjaya

Alamat Foodmonger Cyberjaya
C-01-03 & C-01-03A,
Tamarind Square 
63000 Cyberjaya Selangor

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini Foodmonger ini, anda boleh ikuti di Instagram Foodmonger. Jika anda datang ke sini jangan lupa tag mereka dekat post anda tau. Selamat melepak dan selamat menjamu selera. 

No comments:

Powered by Blogger.