Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sambil-sambil mencuri masa sekejap lari dari kesibukan kota, Momi dan rakan-rakan menginap 2 hari 1 malam di Dorsett Grand Subang. Rupanya ada promosi terbaru dekat hotel Dorsett dimana anda boleh menginap di hotel Dorsett selama 26 jam (biasa 22-24 Jam) atau memilih dari enam pilihan untuk Dorsett 3 Wishes. Apakah yang menariknya promosi terbaru ini, mari sambung baca.

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang

26-Hour Full Stay
Salah satu kelainan yang hotel Dorsett adakan ialah penginapan selama 26 jam. Menariknya, masa untuk check-in yang fleksibel (bila-bila masa) dan penginapan 26 jam yang lengkap - untuk dipadankan. Jika anda check-in pada jam 8.00 malam, anda boleh menggunakan keseluruhan 26 jam dan 'check-out' pada jam 10.00 malam keesokan harinya. Seriuslah? Promosi ini hanya di hotel Dorsett sekitar Kuala Lumpur : Dorsett Grand Subang, Dorsett Sri Hartamas dan Dorsett Kuala Lumpur. 

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang

Penginapan penuh selama 26 jam disediakan secara eksklusif untuk mereka yang menempah melalui laman web hotel rasmi dan boleh digunakan untuk semua jenis bilik. Masa daftar masuk dan keluar yang fleksibel tertakluk kepada ketersediaan bilik. Untuk pengetahuan anda, penetapan masa daftar masuk dan keluar mestilah dibuat sekurang-kurangnya 72 jam sebelum anda tiba di hotel. 

Jika bilik belum tersedia (penuh), bagasi boleh disimpan di concierge sehingga check-in dan juga selepas check-out. Masa daftar masuk normal adalah 2 petang dan daftar keluar ialah 12 tengah hari. Tawaran ini tidak boleh digunakan untuk check-in awal atau check-out lewat. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dorsett Grand Subang - 26 Hours Stay.

Dorsett 3 Wishes
Selain dari promosi penginapan selama 26 jam, Dorsett Hotel juga memperkenalkan pakej Dorsett 3 Wishes baru-baru ini. Untuk tetamu yang menempah bilik Dorsett secara langsung melalui laman web rasmi Dorsett Grand Subang, mereka bukan sehaja menikmati 25% dari Best Available Rate (BAR); mereka juga boleh memilih mana-mana 3 permintaan dari 6 pilihan seperti yang berikut:
  • Sarapan percuma untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Harian).
  • Menaik taraf bilik percuma ke Bilik Deluxe setiap penginapan.
  • Perkhidmatan Iron percuma 2 pakaian setiap penginapan.
  • Dorsett Mocktail percuma dari jam 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge setiap penginapan.
  • Satu kanisten Dorsett Signature Cookies percuma untuk setiap penginapan
  • Perkhidmatan Satu Minibar percuma setiap penginapan, tertakluk kepada minimum 2 malam menginap
Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang

Pakej ini sah untuk tempahan melalui laman web rasmi hotel dan tertakluk kepada Terma & Syarat. Pengurusan hotel berhak untuk meminda, memadam dan / atau menggantikan tawaran / pakej tanpa notis terlebih dahulu. Promosi ini sah dari sekarang sehingga 31 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dorsett Grand Subang - Dorsett 3 Wishes.

Vlog Dorsett Grand Subang
Ikuti kisah Momi menginap di hotel Dorsett Grand Subang selama 2 hari 1 malam dalam vlog. Apakah Dorsett 3 Wishes yang Momi pilih sepanjang penginapan? Jom tengok pengalaman penuh selama 26 jam di Dorsett Grand Subang.

Vlog Dorsett Grand Subang Part 1


Vlog Dorsett Grand Subang Part 2



Vlog Dorsett Grand Subang Part 3



Dorsett 3 Wishes Pilihan Momi
Susahnya nak pilih sebab ada 6 pilihan tau untuk Dorsett 3 Wishes ini, jadi Momi telah memilih 3 wishes yang menarik untuk ditunaikan oleh Dorsett Grand Subang.

1. Menaik taraf bilik percuma ke Bilik Deluxe setiap penginapan.

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Duluxe Room Dorsett Grand Subang

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Duluxe Room Dorsett Grand Subang

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Duluxe Room Dorsett Grand Subang

2. Dorsett Mocktail percuma dari jam 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge setiap penginapan.

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Mocktail Di Piano Lounge

3. Satu kanisten Dorsett Signature Cookies percuma untuk setiap penginapan

Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Dorsett Grand Subang
Signature Cookies


Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Dorsett 3 Wishes & 26 Jam Menginap Di Hotel Dorsett sila hubungi 03 5031 6060. Jangan lupa ikuti sosial media Dorsett Grand Subang  di Facebook dan Instagram. Enjoyss!

Post a Comment

2 Comments

Sis Lin said…
Exklusifnya tempat dia..nampak mewah, selesa dan taraf superstar...
Nak gak la nanti cuba menginap di sini..
Sewa Van Kl said…
huhuhu untung lah dapat merasa tempat mewah macam ni