Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru sahaja mengejutkan kita dengan kehadiran Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas) dari negara Korea, kini McDonald's Malaysia sekali lagi buat kejutan dengan kehadiran hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu 'Portuguese Chicken Burger' (Burger Ayam Portugal). Menariknya hidangan terbaru ini merupakan hidangan kedua diperkenalkan sempena kempen 'Discover the World 2019' oleh  McDonald's Malaysia.

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

'Portuguese Chicken Burger' (Burger Ayam Portugal)

Sebenarnya beberapa tahun yang lalu, McDonald's Malaysia telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand di mana mereka menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover the World'. Kali ini, 'Portuguese Chicken Burger' (Burger Ayam Portugal) ini diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal.

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger
Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik. Ia dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.

Majlis Pelancaran 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Set hidangan 'Portuguese Chicken Burger' (Burger Ayam Portugal)  disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga yang bermula dari RM16.99. Ia boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Selain itu, McDonald's Malaysia membawa kembali Dinosaur McFlurry yang sememangnya kegemaran rakyat Malaysia dimana ia penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.

Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Catching Nonando
Menariknya bukan sahaja dengan kehadiran 'Portuguese Chicken Burger' , malah McDonald's Malaysia menambah lagi keseronokan anda dengan memperkenalkan sebuah permainan ‘Augmented Reality’ yang dinamakan 'Catching Nonando'. Permainan yang menarik ini akan memberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian 'Portuguese Chicken Burger', bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap.

Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald's Malaysia, yang sedang menunjukkan bagaimana permainan “Catching Nonando” berfungsi di Majlis Pelancaran Portuguese Chicken Burger McDonald’s Malaysia.

Cara untuk bermain adalah senang dengan hanya perlu menangkap sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Untuk menjadikannya lebih menarik, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points! Wahh~ menariknya.

Untuk bermain permainan ini, anda hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi McDonald's Malaysia.

Persembahan dari Portuguese Dance Troupe

Menu Baru 'Discover The World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger
Menu Baru 'Discover the World' McDonald's Malaysia - Portuguese Chicken Burger

Jangan lupa rasai sendiri 'Portuguese Chicken Burger' di McDonald's berdekatan anda. Pastinya anda akan suka citarasa dari Portugal. Jangan lupa muat turun aplikasi McDonald's Malaysia di Google Play dan App Store untuk menikmati hidangan dengan harga yang menarik. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, jangan lupa layari laman web rasmi McDonald's Malaysia.  Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Pelik tau...Sis makan sedap aje, tapi anak makan semua kata tak sedap huhuhu...ke anak-anak tekak jawa ek hahahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.