Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Resipi Rendang Kentang U.S. Mak Esah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Hidangan dipagi raya tidak lengkap dengan Ketupat, Lemang, Kuah Kacang dan paling penting, Rendang. Kebiasaannya, kita jumpa Rendang Daging dan Rendang Ayam kan? Haaa.. Kali ini Momi ingin cuba kelainan sedikit untuk pagi raya nanti dengan masak Rendang menggunakan Kentang U.S. Entri ini Momi ingin kongsikan resipi istimewa 'Rendang Kentang U.S. Mak Esah'.

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Kebaikan Kentang U.S
Bercerita mengenai U.S Potatoes (Kentang U.S) ini rupanya ada banyak kebaikannya. Satu bersaiz sederhana (148gram) Kentang U.S terdapat 110 kalori. Selain itu ia tidak berlemak, tiada 'sodium' dan paling penting tiada kolesterol. Dalam Kentang U.S sebenarnya lebih banyak 'potassium' daripada pisang (15% daripada nilai harian) dan 30% daripada vitamin C.


Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Pemproses U.S. menggunakan state-of-the-art teknologi untuk memenuhi piawaian industri yang tinggi. Hasil produk cepat beku serta-merta untuk mengekalkan rasa dan nutrien kentang segar. Ramai yang beranggapan kentang adalah makanan yang menggemukan. Tidak ya! Beberapa penyelidikan mendapati kentang adalah salah satu makanan yang mengenyangkan dan anda boleh mengamalkan makan kentang sebagai sebahagian daripada menu diet anda. 

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Rendang Kentang U.S. Mak Esah adalah kombinasi hidangan kegemaran dihari raya iaitu rendang dan dimasak bersama U.S. Potatoes. Rendang Kentang U.S Mak Esah ini tidak menggunakan minyak dan digantikan dengan kelapa. Hidangan ini enak dimakan bersama ketupat / nasi impit dipagi raya. 

Bahan-Bahan Yang Digunakan
Bawang Merah (5 Biji) 
Halia (1 Inci) 
Lengkuas (1 Inci) 
Serai (5 Batang Blender, 5 Batang Masukkan) 
Daging Kisar (400gm)
Kerisik (80gm)
Asam Keping (Sekeping) 
Kunyit (1 Inci) 
Daun Kunyit (2 Helai)
U.S Potatoes (1 kilo) 
Santan (4 Biji Kelapa @ 1 kilo)
Cili Kisar (1 Cawan)
Garam
Gula

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Cara Penyediaan : 
1. Panaskan Kuali. 
2. Masukkan Cili Dan Bawang Kisar, tunggu sehingga masak sedikit. 
3. Kacau Sehingga Kering Dan Pekat.
4. Masukkan Daging Kisar. (tunggu sehingga masak sedikit) 
5. Masukkan Santan. 
6. Kemudian Kacau (Sehingga Santan Pekat Dan Kering) 
7. Masukkan U.S. Potatoes (Sampai Masak) 
8. Masukkan Kerisik 80gm dan Kacau. 
9. Biarkan Beberapa Minit. 
10. Masukkan Daun Kunyit
11. Kacau Dan Tunggu Sehingga Kentang Empuk.

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

U.S Potato Rasa Meriah
Menu RENDANG KENTANG U.S. MAK ESAH adalah 1 dari 10 penyertaan untuk pertandingan U.S Potato Rasa Meriah yang menggunakan 'U.S. Potatoes'. Hadiah utama U.S Potato Rasa Meriah ialah RM1000.00 diikuti tempat kedua (RM800.00) dan tempat ketiga (RM500.00). Anda ingin menang wang tunai? 5 pemenang bertuah untuk Top 3 resipi terbaik akan memenangi RM100 seorang. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjadi yang bertuah :

  1. Like Page Facebook "MY Potatoes USA".
  2. Like resipi RENDANG KENTANG U.S MAK ESAH ini di facebook page "MY Potatoes USA".
  3. Masa untuk anda 'Vote' bermula sekarang hingga 19 Mei 2019 pada 11.59 malam. 
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah
Resipi Rendang Kentang U.S Mak Esah

Jangan lupa undi resipi 'Rendang Kentang U.S. Mak Esah' dan cuba resipi ini ya! Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin !

1 comment:

Powered by Blogger.