Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal sudah tiba. Pastinya ramai yang sibuk mencari tempat-tempat makan yang menarik untuk berbuka puasa nanti. Lagi-lagi anda yang sibuk dengan rutin harian pasti tidak sempat untuk mencari makanan untuk berbuka puasa. Untuk pengetahuan anda, banyak menu dan tawaran istimewa yang ditawarkan oleh McDonald's Malaysia sempena bulan Ramadan ini bermula sekarang hingga 5 Jun 2019. 

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia

Menu Istimewa Sempena Ramadan - Nasi McD & Chicken Foldover
Baru-baru ini, McDonald's Malaysia telah mengeluarkan dua menu baru sempena Ramadan ini iaitu "Nasi McD" dan "Chicken Foldover". Bagi penggemar McDonald's, pastinya Nasi McD dan Chicken Foldover sangat ditunggu-tunggu. 

Nasi McD
Menariknya untuk Nasi McD baharu ini menampilkan sos kari baharu yang boleh dinikmati bersama Ayam Goreng McD. Nasi McD ini boleh didapati dengan pilihan 1 atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa. Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD - RM13.95 dan Set Nasi McD dengan 2 ketul Ayam Goreng McD - RM16.95. Bagi Momi, sos karinya memang sedap dan sedikit pedas, memang sesuai dimana bersama Nasi McD.

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Nasi McD

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Nasi McD

Chicken Foldover
It's back guys! Memang setiap kali Ramadan mesti tunggu Chicken Foldover tau. Chicken Foldover dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah pula dengan daun salad dan tomato segar serta sos istimewa baharu dan dibaluti dengan roti nipis. Untuk set, ia dihidangkan bersama McDonald's French Fries dan Ice Lemon Tea bersaiz Medium yang pasti buat anda rasa puas semasa berbuka puasa. Set ini boleh didapati dengan harga RM16.95.


Chicken Foldover

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Chicken Foldover

Pencuci Mulut
Penggemar 'dessert' McDonalds pastinya akan teruja sebab D24 Durian McFlurry kembali! Serius memang sedap dengan rasa durian yang memang kaw. Selain dari keterujaan dengan D24 Durian McFlurry, McDonald's Malaysia juga turut menyediakan pencuci mulut yang lain iaitu 'Banana Pie', 'Sarsaparilla Cones' dan 'Ice Blended Ribena' (boleh didapati daripada McCafe). 

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Ice Blended Ribena

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Banana Pie

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
D-24 Durian McFlurry

Sahur Di McDonald's
Bagi anda yang tak tahu nak kemana sahur nanti?Jangan risau. McDonald's Malaysia turut menghidangkan makanan untuk sahur. Hidangan menu biasa terpilih McDonald's boleh didapati sehingga jam 6.00 pagi. Menu yang boleh didapati ialah 'Nasi McD', 'Ayam Goreng McD', 'McChicken', 'Spicy Chicken McDeluxe' dan 'Chicken McNuggets'

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia

30-Days of Ramadan
McDonald's melancarkan promosi '30-days of Ramadan' secara eksklusif menerusi McDonald's App. Tawaran kupon diskaun istimewa '30-days, 30 deals' ini akan dimaklumkan di McDonald's App setiap hari. Bagi diskaun yang best ini, anda hanya perlu muat turun McDonald's App menerusi Google Play dan Apple App Store. 

Sebagai aktiviti tahunan, semua 270 restoran McDonald's di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid. Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat. Selain itu, McDonald's Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia
Menu Istimewa Sempena Ramadan Di McDonald's Malaysia

Jangan lupa rasa semua menu yang menarik sepanjang Ramadan ini di McDonald's berdekatan anda. Pastinya waktu sahur dan berbuka anda, lengkap dengan hidangan yang buat anda bertenaga sepanjang berpuasa. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia jangan lupa layari laman web rasmi McDonald's Malaysia.  Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments