McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia Book of Records

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records
McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia Book of Records | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pastinya ramai diantara kita yang pernah beli makanan secara Pandu-Lalu. Lebih-lebih lagi di McDonald's, bila teringin nak makan terus beli dekat pandu lalu sahaja hehe. Pandu-Lalu atau dalam bahasa inggeris, drive-thru merupakan perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk. Ia juga memberikan kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa sebaik mungkin.

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records
McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records
Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaannya di seluruh negara, segmen perniagaan Pandu-Lalu McDonald’s merupakan komponen penting dalam strategi perniagaannya, bagi membolehkan McDonald’s terus menguasai pasaran dan memenuhi janjinya untuk menghidangkan makanan yang lazat dan memberi pengalaman yang indah kepada para pelanggan setianya dimana sahaja tanpa mengira masa.

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records
McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records


Sehingga kini, terdapat 167 restoran McDonald's yang ada Pandu-Lalu.  Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu.

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records
Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s
Rangkaian restoran khidmat segera yang menguasai perniagaan Pandu-Lalu ini memperkukuhkan lagi kemampuannya dengan mengadakan ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April 2019 yang lalu. Sepanjang tiga hari cabaran tersebut berlangsung, sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara. Jumlah kenderaan ini jika diukur kepanjangannya adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertama.

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records

Selain itu, McDonald’s juga berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.

Kita 'throwback' sedikit rekod sebelum ini, McDonald’s Malaysia telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008, dimana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Menariknya, McDonald's menerusi McDonald’s App mulai 17 hingga 30 April sempena ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’. Drive-Thru Hero Challenge telah melancarkan  Top 10 Drive- Thru Heroes. Pengguna perlu pergi mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s dan berpeluang menjadi Top 10 Drive- Thru Heroes.

McDonald's Drive-thru Weekend Challenge Cipta Rekod Dalam Malaysia's Book of Records

Setiap satu perhentian di Pandu-Lalu McDonald’s adalah bersamaan 10 mata, dan Top 10 Drive-Thru Heroes telah menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan McDonald’s.

‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Selain itu, McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini.

Post a Comment

0 Comments