Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya 2019 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru sahaja masuk Ramadan, pastinya ramai yang sedang mencari baju raya awal sebelum kehabisan stok kan? Kalau cari awal mesti banyak lagi saiz dan fesyen yang menarik yang boleh dipilih untuk  kelihatan menawan di pagi raya. Bercerita mengenai baju raya, tahun ini Jakel sekali lagi mengadakan kempen 'Jakel Barulah Raya' yang menampilkan ramai artis tanah air sebagai duta kempen ini. 

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel berperanan menjadi “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai 'sense of belonging' ketika berbelanja bersama Jakel. Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. 

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jakel menganjurkan kempen raya 'Jakel Barulah Raya'. Tahun ini Jakel menganjurkan kempen raya buat pertama kalinya di Jakel Mall Kuala Lumpur. Momi berkesempatan menghadiri majlis berkonsepkan sembang santai yang menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam Bocey, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Sedikit kelainan dalam majlis pelancaran kali ini, Jakel menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan  untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

JAKELSTORE.MY
Sesuatu yang menarik bakal menemui anda tahun ini. Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online) atas permintaan ramai daripada pelanggan. Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Baju Melayu 
Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. 

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz 
Tahun ini, banyak koleksi terbaru yang diperkenalkan di Jakel. Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. 

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad
Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari
Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen
Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Baju Melayu Abam
Untuk tahun ini, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Abam. Untuk pengetahuan anda, Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Baju melayu Plus Size tersedia sehingga saiz 5XL.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Kurta
Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti  kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. 

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket. Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan
terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.

Koleksi Baju Kurung
Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran.

Koleksi Kanak-Kanak
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial Instagram dan juga Facebook.

Bahagian Pengiklanan & Promosi (A&P)
Jakel Mall Kuala Lumpur
Tingkat 6, Jakel Mall Kuala Lumpur
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur.
Tel : +603 2615 0777 (samb. 7163)

Post a Comment

1 Comments

Bella Jamal said…
Meriah! Catik baju Aj dan Scha