Aplikasi NGO Negaraku

Aplikasi NGO Negaraku
Aplikasi NGO Negaraku

Aplikasi NGO Negaraku | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini berlangsungnya majlis pelancaran Aplikasi NGO Negaraku. Majlis pelancaran ini memperkenalkan Aplikasi NGO Negaraku yang merupakan inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan. 

Aplikasi NGO Negaraku
Aplikasi NGO Negaraku

Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku. Penggunaan Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.

BUY & SAVE I CSR I SMART PARTNERSHIP
Menerusi Aplikasi NGO Negaraku ini pelbagai Program diperkenalkan dan induk kepada Program ini adalah 'BUY & SAVE'. Buy & Save, CSR, Smart Partnership ini adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat. Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.

Aplikasi NGO Negaraku
Aplikasi NGO Negaraku

Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi. Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan. Jadi, ebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada Pelajar melalui sumbangan CSR. CSR ini akan memastikan Pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.

Aplikasi NGO Negaraku
Aplikasi NGO Negaraku

Kelebihan Aplikasi NGO Negaraku ini dapat membantu dan memastikan NGO dan Ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini. Selain itu, Penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan Program ini. Pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan Program CSR diperluaskan.

No comments:

Powered by Blogger.