Lirik Lagu Wany Hasrita - Terlalu Memuja (OST Curi-Curi Cinta)

Lirik Lagu Wany Hasrita - Terlalu Memuja

Lirik Lagu Terlalu Memuja Wany Hasrita  (OST Curi-Curi Cinta) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Wany Hasrita yang berjudul "Terlalu Memuja". Lagu ini dikeluarkan oleh FMC Music secara digital dan semua platfrom streaming pada Mac 2019. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Sharon Paul sebagai komposer dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya bersama Gouffran. Muzik video Terlalu Memuja telah dikeluarkan pada 12 April lalu di saluran YouTube FMC Music. 


Lagu "Terlalu Memuja" merupakan lagu OST drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang disiarkan dalam slot MegaDrama di Astro Ria  mulai 29 April 2019. Drama bersiri 28 episod arahan Raja Ahmad Alauddin ini dibintangi oleh Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah dan Farisha Irwayu. Saksikan pada setiap Isnin-Khamis 10.00 malam di Astro Ria.




Lirik Lagu Terlalu Memuja - Wany Hasrita
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya, Gouffran
©2019 FMC Music


Berulang Suara Hati
Berbicara Tentang Dia
Senyuman Pun Canda Bahagia
Kini Sepi Dalam Memori Semalam

Hanya Aku Yang Tahu
Hanya Aku Yang Menanggung
Segala Erti Pengorbanan
Ku Tempuhi Dalam Kedukaan

Biarlah Aku Sendirian Tanpa Cinta
Dari Menyaksikan Sebuah Kepuraan
Tibalah Waktunya Aku
Harus Tinggalkan Dia

Hamparan Hati Yang Dulu Pernah Kuberikan
Kini Menjadi Kehilangan Melukakan
Apakah Silapku
Hoo... Terlalu Memuja

Disini Berakhir Segala
Episod Bersamanya...

Hanya Aku Yang Tahu
Hanya Aku Yang Menanggung
Segala Erti Pengorbanan
Ku Tempuhi Dalam Kedukaan

Biarlah Aku Sendirian Tanpa Cinta
Dari Menyaksikan Sebuah Kepuraan...
Tibalah Waktunya Aku (Hoo...)
Harus Tinggalkan Dia

Hamparan Hati Pernah Kuberikan...
Kini Menjadi Kehilangan Melukakan (Hoo...)
Apakah Silapku
Hoo... Terlalu Memuja
Aku Dipersia
Hoo...
Tibalah Waktunya...

Ohh... Rintihan Berlalu

Lagu Baru Melayu 2019 | Lagu Wany Hasrita 2019 | Lagu Baru Wany Hasrita  | Lirik Lagu Wany Hasrita  | Lagu Wany Hasrita Download | Lirik Lagu Terlalu Memuja - Wany Hasrita Mp3 |   Lirik Lagu Terlalu Memuja - Wany Hasrita Download | Lirik Lagu Terlalu Memuja - Wany Hasrita Mp3 | Lirik Lagu Drama Curi Curi Cinta

Post a Comment

1 Comments

tak pernah dengar lagi lagu ni.. tak tahu dia ada lagu baru.